Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Friday, December 31, 2010

Syiah Melayu (Part 2)

Dr. Asri: Berdialog dengan Syiah, Jangan Keras Kepala (mkini)
asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpandangan perlunya mendengar hujah pengikut Syiah kerana menurutnya, "menghukum tanpa mendengar hujah orang lain adalah tidak adil dan dianggap keras kepala".

"Apapun, hari ini Syiah telah wujud. Mereka adalah warisan sejarah silam. Tangisan dan amarah yang tidak berkesudahan. Hanya atas cerita lama, mereka meriwayatkan sengsara. Soal sejauh manakah ketulenan cerita bukan lagi persoalan," tulis beliau dalam blognya hari ini.

"Namun bagi kita, sikap yang adil adalah berdialog dengan mereka. Mereka umat Islam dan ada kelebihan tersendiri. Mereka mazhab yang lahir dari isu politik, maka mereka sangat mahir berpolitik.

"Bagi kita, menghukum tanpa berhujah adalah sikap yang tidak adil. Berhujah tanpa sudi mendengar hujah orang lain, adalah keras kepala. Ahlus Sunnah sederhana dalam segala hal," tegasnya.

Sebelum ini, Dr Mohd Asri mengulas mengenai penangkapan beramai-ramai pengikut Syiah di Gombak oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini yang dibimbanginya akan menimbulkan ketegangan dan unsur-unsur keganasan di dalam negara.

Setakat ini, dua daripada mereka telah didakwa di mahkamah rendah Syariah di Kuang manakala yang lainnya selesai diminta memberi keterangan dan dijangka didakwa Mac tahun depan.

Dalam tulisannya hari ini, Dr Mohd Asri menegaskan golongan 'Ahlus Sunnah' mengambil pendirian yang berbeza dalam isu sejarah. Katanya, timbulnya mazhab Syiah ekoran berlakunya pertelingkahan antara sahabat Nabi Muhammad SAW.

Sehubungan itu, beliau memetik pandangan ulama Ibn Taimiyyah sebagai berkata Ahlus Sunnah wal Jamaah mengambil sikap "mendiamkan diri tentang pertelingkahan antara para sahabat dan berlepas diri daripada sikap kumpulan yang membenci dan mencerca para sahabat menyakiti Ahl al-Bayt (keluarga Rasulullah SAW)".

Katanya, beliau telah menjelaskan mengenai sejarah dan sebab kemunculan mazhab tersebut secara terperinci di dalam bukunya "Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenen Fakta dan Pembohongan Sejarah".

Pada masa yang sama Dr Mohd Asri turut mempertahankan 'Ahlus Sunnah' yang menjadi sasaran 'kemarahan warisan' golongan Syiah kerana enggan berkongsi tafsiran politik berhubung isu pembunuhan Saidina Hussain yang merupakan cucu Rasullullah SAW.

"Isu pembunuhan Saidina Hussain yang sudah berlalu empat belas kurun yang lepas diwarisi secara dendam yang tidak berkesudahan. Ramai yang menjadi mangsa kemarahan itu.

"Dendam itu bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat dalam krisis lampau tersebut, tetapi turut dibabitkan mereka yang selepas itu yang enggan berkongsi tafsiran politik yang sama. Maka, Ahlus Sunnah menjadi sasaran 'kemarahan warisan'," coretnya lagi.


FT - no komen..

Thursday, December 30, 2010

Syiah Melayu??

Bahaya Syiah?? Benarkah?? Bukankah semua agama di dunia ini mengajar ke arah kebaikan?











Kumpulan Syiah Melayu akhirnya bersuara menuntut keadilan dan kesaksamaan beragama!

Syiah Serah Memo, Tuntut Maaf Terbuka (mkini)


Sekumpulan pengikut Syiah hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), mendakwa berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap mereka. Kumpulan 30 orang itu mendakwa serbuan terhadap pusat mereka di Gombak pada 15 Disember lalu bercanggah dengan pelbagai peruntukan, antaranya Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Perlembagaan Persekutuan.


"Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bait (Syiah) di Malaysia memohon perlindungan hak daripada Suhakam berpaksikan Perlembagaan Malaysia agar hak minoriti kami sebagai rakyat Malaysia dilindungi pihak-pihak berwajib," kata jurucakapnya Kamil Zuhairi Ab Aziz. "Sekiranya hak kebebasan beragama dan kepercayaan telah diberikan kepada minoriti yang beragama Hindu, Buddha, Kristian, Sikhisme atau lain-lain agama, mengapa kami dicaci, dihina, difitnah dan kini diugut semata-mata kerana mengamalkan kepercayaan kami turun-temurun sejak nenek moyang kami, iaitu Mazhab Ahlul Bait atau Syiah Imamiah yang dianuti lebih 200 hingga 500 juta umat Islam seluruh dunia."

Sebahagian daripada kumpulan itu antara 128 orang yang ditahan dua mingg lalu di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves. Dua daripada mereka telah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kuang bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti. Kali pertama tampil mengadakan sidang media di ibu pejabat baru Suhakam di Kuala Lumpur, Kamil menjelaskan, ketika serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), tiada usaha penyebaran fahaman, sebaliknya hanya majlis tahlil untuk arwah cucu Nabi Muhammad.

Mengakui mempunya jati diri yang khusus, Kamil menolak generalisasi yang menyamakan fahaman mereka - Syiah Imamiah - di negara ini dengan kumpulan yang sama di negara lain. "(Kami) tidak akan menumpahkan darah, tidak akan bersubahat, tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan militan, keganasan dan persenjataan yang dapat meletakkan negara tercinta dalam kedudukan bahaya," katanya sambil menegaskan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membendung elemen itu.

Sehubungan itu, mereka menuntut pihak yang terlibat dalam tangkapan mereka, terutamanya JAIS, pengarahnya Datuk Khusrin Munawi dan penguatkuasa jabatan itu membuat permohonan maaf secara terbuka kerana "mengakibatkan fitnah dan kekeliruan terhadap mereka". Tuntutan itu turut dibuat kepada pihak media dan penceramah popular Datuk Dr Hassan Din yang dilaporkan berkata, perkahwinan dengan pengikut Syiah boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf. Mengulas 'kekeliruan' terhadap fahaman mereka, Kamil menjelaskan perkara itu berlaku ekoran tiada dialog dan kajian yang tersusun daripada sarjana berhubung fahaman itu.


FT - setiap manusia dilahirkan bebas
bebas untuk beragama... bebas untuk mencari kebenaran..

Kebenaran tidak harus dimonopoli oleh sang penguasa
Setiap manusia iaitu rakyat dunia... harus bebas mencari jalan kebenaran masing-masing..

Monday, December 27, 2010

PTPTN oh PTPTN


Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.

Belum pun mendapat kerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya dengan PTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.

Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran dan kos rawatan kesihatan.

Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat untuk mendapatkan biasiswa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.

Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.

Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,tidak ada duit.

Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sarjana muda tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan pelajaran keperingkat sarjana tidak juga dapat perhatian.

Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.

Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM500 juta ditawarkan dengan harga RM1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.

Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. Tetapi disini semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.

Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi.

Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.

Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.

Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak mereka.

sumber di sini

FT - risau melihat anak-anak muda zaman ini
terkapai-kapai nak melanjutkan pelajaran
namun mewah dengan duit PTPTN
boleh beli handphone baru, boleh beli komputer baru

Lebih melucukan bila berita keluar di TV
"penerima cek boleh pulangkankan duit PTPTN jika tak berminat"
rupanya.. ada yang langsung tak mengisi borang namun diberikan cek

pelik tapi benar... sedih tapi itulah kenyataan!

Saturday, December 25, 2010

Merry Christmas to all Malaysian

Ini Santa Claus sedang buat lawak!! kah kah kah!!














copied from http://tukartiub.blogspot.com/2010/12/jika-kita-rajin-membaca-kita-akan-tahu.html

NAMPAK SANGAT MUFTI JOHOR TAK MEMBACA oleh Hishamudin Rais.

Imej Santa Claus ini adalah strateji pemasaran Coca Cola yang mula dimunculkan pada tahun 1930’an. Pakaian , topi dan janggut Santa ini tidak ada sangkut paut dengan agama Isa dari Nazareth. Ini pemasaran kapitalis untuk mendapat keuntungan. Lihat sahaja warna merah dan puteh – ini warna Coca Cola.

Santa Claus ini ada memiliki pelbagai nama. Nama ini dikaitkan dengan Wali Klause seorang padri yang suka memberi hadiah kepada kanak-kanak. Ini juga ada kebenaran dan banyak campur aduk cerita cerita rakyat seperti Pak Pandir dan Lebai Malang.Banyak negara yang mengakui Wali ini adalah warga mereka. Sweden, Norway, Denmarak, Finland malah Turkey juga klim Wali Kaluse ini datang dari wilayah mereka.

Di Belgium - negara suaka TT - tarikh memberi hadiah kepada kanak-kanak ini bukan 25 Disember tetapi 16 Disember. Ini mengikut pembacaan orang Belgium.

Mitos ini samalah seperti kita memberi ‘duit raya’ kepada anak anak ketika berhari raya. Kita masukkan duit ke dalam sampul berwarna hijau. Ini adalah cara Melayu menterjemah budaya angpau orang Tionghua. Orang Tionghua memberi hadiah yang dibungkus dengan sampul merah.

Sayugia diingatkan bahawa pada satu ketika dahulu jemputan kahwin wajib di hantar dalam sampul merah. Bagitu juga kad ucapan selamat hari raya. Malah pada satu masa dahulu menjadi lumrah orang akan bertanya ‘ bila sampul merah akan sampai’. Ini bermaksud : bertanya bila nak kahwin. Bila ekonomi berubah budaya berubah – hari ini jemputan kahwin datang dengan e-mail dan pesanan ringkas.

Warna merah ini mucul dari ikutan kita dengan budaya orang Tionghua.

Budaya sampul surat hijau ini telah berkembang. Ini disokong pula oleh bank bank dan para peniaga. 100 tahun dari hari ini - jika ada mufti yang malas membaca dan mengkaji - mungkin sampul hijau ini akan ditakrif sebagai jalur agama.

Bagitu juga warna hijau yang dikaitkan dengan Islam. Ini juga pemasaran yang dimunculkan oleh Saudi Arabia. Kerajaan Saudi Arabia yang kita kenali hari ini diwujudkan oleh British pada tahun 1932. Keluarga Saud ini tidak ada sangkut paut dengan Nabi Muhamad. Mereka ini dinobatkan oleh Shell dan British Petrolium.
Di zaman nabi tidak ada raja.

Warna hijau yang dipasarkan ini amat menarik dalam wilayah padang pasir yang kering kontang. Mungkin kurang menarik di negara seperti di bumi kita yang tropikal dan hijau sepanjang tahun.

Warna hijau ini kini dikaitan dengan Islam. Untuk pelajar pengkaji sejarah akan sedar bahawa bendera yang di kibarkan oleh Muhamad ialah hitam. Kerana inilah penganut agama Shiah telah menobatkan bendera hitam sebagai bendera mereka.

Lihat – semua memiliki kontek. Sejarah itu sendiri juga memiliki sejarahnya.

Budaya bergerak, berubah dan berkembang. Budaya, tingkah laku, adat istiadat, moral semuanya berubah mengikut gerakan ekonomi. Pembuatan ekonomi dan produksi ekonomilah yang menjadi memandu manusia. Bukan cerita di awan awan. Cerita di awan-awan ini indah untuk kanak-kanak seperti Wali Nikolas datang dengan kereta saljunya.

Manusia pinjam memimjam. Pakai memakai. Anak semua bangsa bercampur dan bergaul. Tidak ada sesiapa yang boleh mengakui bahawa ini hanya milik bangsa dan budaya mereka. Kita telah bercampur gaul. Kenal mengenal. Tiru meniru. Ini hakikat dunia hari ini. Ini bukan cerita ultraman. Jepun yang anggkuh itu pun sedar bahawa mereka juga kaki tiru yang terulung.

Lihat bagaimana sifar yang datangnya dari Arab, kemudian berkembang. Jika tidak ada sifar konsep dunia kita tidak wujud. Dari sifar kita berkembang hingga kita menjadi kita hari ini. Apakah sifar monopoli Arab? Tidak.

Yang ingin memonopoli ini hanya kaum pemodal- kaum kapitalis. Mereka meletakkan – hak cipta – ini untuk mengawal dan memastikan keuntungan akan sampai ke saku mereka. Siapa mencipta padi? Siapa mencipta buah durian? Siapa mencipta petai dan jering? Siapa mencipta akar kayu senduduk?

Bagitu juga kita tidak boleh memonopoli kebenaran dan kebaikkan. Kebaikan dan kebenaran adalah milik umat manusia. Tidak ada satu agama pun dalam dunia ini yang boleh memonopoli kebenaran. Agama tidak meletakkan hak cipta untuk kebenaran dan kebaikkan. Hak cita ini adalah milik Yang Maha Esa.

Selamat menyambut Mauludul Rasul Nabi Isa dan selamat tahun baru Gregorain. (TT)

FT - Selamat menyambut hari krismas untuk semua..
Kotobian tadau tagayo do Krismas kumaa do toingsanan..
Merry Christmas to all of you...

Peace!!

Santa Claus Buat Hal??

Ini iklan Hari Raya TV3.. bukan iklan Krismas!!












Ini Photo Menteri sedang pakai Baju Kebaya!!













HARAM PAKAI BAJU SAMI SANTA CLAUS – berita hairan bin ajaib

Mufti Johor, Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.

Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu.
Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya.


FT - pelik tapi benar..
bangang tapi lucu..
inilah kenyataan yang keluar dari mulut seorang yang bergelar "mufti"..

kah kah kah kah kah kah!!!!

sekian komen FT pada kali ini..



Saturday, December 11, 2010

Toyo Story.. kah kah kah



kah kah kah!

kah kah kah!

sebuah filem animasi yang diadaptasi dari Toy Story 3!!

Kali ini.. Filem "Toyo Story" arahan SPRM bakal menggegarkan box-opis!!

Lebih lawak dari lawak bodoh!! Lebih bodoh dari bodoh bangang!!
kah kah kah!

Jangan lupa.. saksikannya di pawagam berhampiran rumah sewa anda ataupun rumah saudara-mara anda...

kah kah kah!!
kah kah kah!!

Friday, December 10, 2010

RTM oh RTM

(sekadar gambar hiasan)

Lakukan Perubahan Untuk Tarik Minat Kepada RTM, Kata Rais

KUALA TERENGGANU: Warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu berani melakukan perubahan untuk memikat kembali minat rakyat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menurut beliau, intipati atau produk utama RTM iaitu berita, hal ehwal semasa dan hiburan yang dibekalkan sama ada menerusi saluran TV1 dan TV2 atau radio, juga perlu digarap supaya ia menarik selera golongan muda dan juga bukan Melayu.

"Zaman RTM memonopoli bidang penyiaran sudah berakhir, sekarang ini ada 32 stesen radio di bawah RTM dan ada 28 stesen radio swasta yang menandingi RTM setiap jam," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika melawat Stesen Penyiaran Kawasan Pantai Timur di Bukit Pak Apil, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor.

Rais diiringi Pengarah Penyiaran Terengganu Dr Nawiyah Che Lah serta pengarah dan ketua-ketua jabatan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Terengganu.

Beliau berkata perkembangan semasa menjadi cabaran kepada warga kerja RTM yang perlu bijak mencari formula untuk memberi khidmat terbaik dan dalam masa yang sama meningkatkan pencapaian.

Katanya di peringkat kementerian juga, pelan tindakan yang lebih agresif berhubung perkara itu telah dirancang untuk dilaksanakan bermula pada tahun depan.

"RTM kena ubah konsep untuk menawan kembali minat masyarakat seperti program Jelajah Kampus untuk tarik golongan muda dan memperkenalkan program bicara rakyat yang lebih menarik. Untuk itu, latihan-latihan juga akan diadakan untuk warga RTM," katanya.

Selain itu, sebagai cara memupuk semangat 1Malaysia di kalangan rakyat, beliau berkata slot dan program untuk bukan Melayu juga akan diperbanyakkan lagi mulai tahun depan.

"Sisipan untuk bukan Melayu seperti Cina dan India akan ditambah, selain itu kita juga akan paparkan corak hidup kaum minoriti dari Sabah dan Sarawak," tambahnya. - BERNAMA


FT - sedih dan pilu..

ini la yang dikatakan.. hidup segan mati tak mahu..

kah kah kah kah kah!!

siapa suruh... bagi berita pun semua berita tipu.. semua berita bodek

penonton sudah muak

kah kah kah kah!!

Forex oh Forex

Bank Negara: Online Forex Satu Kesalahan



Bank Negara Malaysia (BNM) mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram.

Mana-mana individu di negara ini yang melakukan urus niaga melibatkan pertukaran mata wang asing merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Mingguan mStar berhubung aktiviti pertukaran asing secara dalam talian atau Online Forex. “Hanya peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing boleh berurusan dalam pertukaran mata wang asing.

“Online Forex berisiko kerana pelabur akan diperdaya dan wang pelaburan hasil simpanan atau pinjaman bank dilesapkan oleh penganjur,” kata BNM.
Sehubungan itu, BNM mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam dan luar negara. Kebiasaan modus operandi program berkenaan menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan pelabur sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk.

“Syarikat terbabit kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara. “Mereka juga menyediakan akses mudah kepada laman web dan kemudahan lain bagi memudahkan pelabur menjalankan urus niaga Online Forex,” kata BNM.
BNM berkata, ini termasuk situasi di mana pelabur dikehendaki menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi urus niaga dan kemudiannya menambah pelaburan permulaan atau panggilan margin bagi mengelakkan kehilangan modal.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Online Forex mencurigakan perlu melaporkan perkara terbabit kepada BNM,” jelas BNM.
Saluran aduan kepada BNM boleh menghubungi 1-300-88-5465 atau faks ke 03-21741515 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888: BNM TANYA (laporan/pertanyaan) atau emelkan ke bnmtelelink@bnm.gov.my.

Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang selain daripada peniaga berdaftar.

Di bawah Akta itu turut menjadi kesalahan sekiranya seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.
Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman web BNM iaitu http://www.bnm.gov.my.


FT - sedih dan pilu membaca berita ini
bukannya apa.. cuma terkenang nasib kawan-kawan FT yang sibuk online bisnes ini
agaknya apa akan terjadi kepada wang pelaburan mereka itu nanti

BNM ini pun satu.. asyik-asyik kata haram.. asyik-asyik kata tak boleh
biarlah pelabur-pelabur ini mencari sedikit keuntungan
kalau nak kata haram.. tu.. judi di Genting Highland, judi Toto lagilah haram!!

Fikir-fikirkan..

Saturday, December 4, 2010

Video Sensasi di TV3

VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3..



http://www.youtube.com/watch?v=Qv0QtoNmbGo&feature=player_embedded


VIDEO: Mahasiswa Tak Matang (untuk menonton, sila klik di sini)


Berita berkaitan:
- Kontrak Ibrahim Abu Shah Tidak Disambung, Dr. Sahol NC Baru UiTM
- Video: Ucapan terakhir Abu Shah sbg NC UiTM (menangis la pulak..)

p/s: Sebenarnya video diatas tidaklah disiarkan secara LIVE (secara langsung) di TV3..dikatakan TV3 masih belum melulusterbitkan video ini seperti lazim dibuat pada rakaman2 terdahulu...kenapa? fikir2kan...video asal di SINI...

Gambar bawah: Demontrasi penuntut-penuntut UiTM ketika pensyarah tegar Umno ini (Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah) masih memegang jawatan NC UiTM (12/08/2008)..siapa yg memberi arahan?..

Jelas penuntut2 ini 'DICUCUK' oleh pihak2 yg berkempentingan (politik) di dlm kerajaan dgn membenarkan mereka berarak, dan berdemontrasi ke jalan2 raya...fikir2kan..












FT - kah kah kah kah kah kah kah kah!!!!

Balik Balik Naik

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.


Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

azlanSemua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.



FT - apa lagi yang mampu dikatakan..

hanya ucapan tahniah dan terimakasih atas segalanya..

minyak di negara kita masih murah berbanding thailand, indonesia dan singapura..

kita harus bersyukur selalu kata PM..

terimakasih Ketuanan Melayu!!

kah kah kah!!

Thursday, December 2, 2010

Minyak oh Minyak

Ron 95 vs Ron 97

Kenaikkan harga petrol yang diumumkan secara tiba-tiba malam tadi bertujuan mengisi kantung Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, tahun depan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail melahirkan kebimbangannya berkata tindakan itu akan menyebabkan rakyat makin sengsara menanggung beban tersebut.

"Dulu kerajaan Umno-BN beri alasan terpaksa menaikkan harga petrol kononnya disebabkan harga bahan mentah itu di apsaran dunia.

"Alasan yang kedua selalu diberikan adalah apabila kadar pertukaran asing melibatkan mata wang Amerika Syarikat telah meningkat. Jadi untuk tidak menanggung kerugian maka kerajaan kata kita terpaksa menaikkan.

Apa yang memusykilkan kata Azan, kedua-dua perkara tersebut tidak berlaku.

"Dari segi pertukaran asing, Ringgit Malaysia lebih kuat maka bermakna sepatutnya kita lagi untung kerana nilai dollar AS jatuh.

"Yang kedua, tidak berlaku pun kenaikkan harga minyak yang besar atau serta merta di pasaran dunia.

"Ini merupakan tanda-tanda Umno-BN bersiap-sedia mengumpul dana dengan tujuan mengadakan pilihanraya," ujar beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa pula berkata beliau telah menjangkakan kenaikkan tersebut apabila kerajaan Umno-BN menstrukturkan semula subsidi.

"Hasil daripada kesan penstrukturan semula akan menyebabkan harga minyak akan naik dan sudah tentu membebankan orang ramai.

"Ada banyak pendekatan yang banyak dilakukan, sama ada jangka panjang atau pendek. Jangka pendek adalah penstrukturan subsidi minyak kita cadangkan jangan membabitkan semua orang.

Contohnya kata beliau adalah orang berhak mendapat subsidi sepatutnya dikekalkan dan yang berpendapatan tinggi, pemotongan subsidi itu boleh dibuat.

"Bagi orang yang benar-benar perlu subsidi, layaklah dia dapat dan orang yang tidak perlu, ok lah dia mampu naik berapa sen pun tapi dari segi bebanan kesan kitarannya harga barang akan naik yang akhirnya longgokan bebanan itu diserahkan semula kepada pengguna.

"Malah, saya lihat 'trend' harga minyak akan meningkat dan kita jangkakan ianya akan naik lagi sikit demi sedikit kesan daripada penstrukturan semula subsidi tersebut," ujar Mujahid.

Semalam, kerajaan Umno-BN membuat keputusan menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM2.05 menjadi RM2.15 seliter yang berkuatkuasa tengah malam tadi.


FT - Malaysia mengeluarkan minyak berkualiti tinggi
tetapi dijual kepada negara asing
negara kita mengimport minyak murah dan berkualiti rendah
untuk kegunaan rakyatnya.. iaitu Ron 95

Bila rakyat semakin sedar keburukan Ron95.. mereka beralih kepada Ron97
biarpun mahal sedikit namun ternyata lebih baik

Bila kerajaan sedar Ron95 semakin tak laku
mereka menaikkan harga Ron97 agar jualan Ron95 akan meningkat semula

Sedih dan pilu bukan??