Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Saturday, January 15, 2011

Isu Azan

Kasihan.. bantal-bantal yang tak bersalah ini dibakar oleh mereka!!



PANDANGAN DR. ASRI TENTANG ISU AZAN
(malaysiakini)


Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan -selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan.

Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

• Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

• Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.

Keliru antara azan dan bacaan lain

• Ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

• Sebenarnya, Nabi sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Baginda, kata Abu Sa'id al-Khudri:

“Ketika Nabi Muhammad SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain.

Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

Dosa menyakiti sesiapa di sekeliling

“Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

“Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua beragama Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita?

Tipu daya iblis

• Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

• Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

nota: Dr. Asri merupakan bekas mufti Perlis..


FT - apapun... kehidupan bermasyarakat haruslah sentiasa harmoni..
janganlah kerana nyamuk seekor.. habis kelambu dibakar..
janganlah kerana surat peguam seorang.. habis bantal-bantal dibakar!!

Taliban yang mengaku sangat Islam di Afghanistan akhirnya telah ditumbangkan oleh pejuang Islam yang lain..

Janganlah lahir pula golongan ala-Taliban di Malaysia..

Peace! No War!!

Sunday, January 9, 2011

Rahsia Air

Air Boleh Menyembuhkan Kanser... Tak Percaya?? Sila Cuba!


Menurut sumber internet, amalan minum air kosong atau digelar terapi air kini sangat popular di Jepun. Terapi ini telah terbukti sukses dan berkesan oleh sekumpulan pakar perubatan Jepun untuk menyembuhkan penyakit kronik dan penyakit ringan.

Menurut kajian, waktu terbaik untuk minum air adalah sejurus bangun daripada tidur. Dengan kata lain, anda minum air pada waktu perut masih lagi kosong.


Kaedah Terapi

1. Sejurus bangan daripada daripada tidur, sebelum menggosok gigi, MINUMlah 4 x 160ml gelas AIR.
2. Selepas itu, gosok gigi dan bersihkan mulut tetapi JANGAN MAKAN ataupun MINUM apa-apa untuk tempoh 45 minit.
3. Setelah 45 minit, anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Setelah menikmati sarapan, makan tengah hari, atau makan malam, jangan makan ataupun minum apa-apa untuk tempoh 2 jam.
5. Bagi orang tua ataupun orang sakit yang tidak mampu minum 4 gelas air sekali gus, minumlah setakat yang mampu dan kemudian ditingkatkan sehingga 4 gelas perlahan-lahan.

Jumlah hari untuk menyembuh atau mengurangkan penyakit-penyakit tertentu:
1. Tekanan darah tinggi (30 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit/konstipasi (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. Tuberculosis (90 hari)
7. Pesakit arthritis disarankan untuk mengikuti terapi ini hanya 3 hari pada minggu pertama dan setiap hari pada minggu berikut dan seterusnya.

Terapi air ini tidak mempunyai kesan sampingan. Anda tidak rugi mencubanya. Jika ditakdirkan terapi ini terbukti berkesan, maka hasilnya dapat anda rasai dan nikmati. Jika kurang berhasil, anda tahu bahawa air ialah elemen penting untuk tubuh badan. Jadi cubalah, dengan izin Allah, penyakit anda akan sembuh!

Seperkara lagi, masyarakat Cina dan Jepun mengamalkan minum teh panas selepas menikmati makanan, dan BUKANNYA air berais/sejuk.

Mengapa?
Bagi orang yang suka minum air berais / sejuk, pesanan ini mungkin berguna untuk anda. Memanglah enak untuk minum minuman berais/sejuk ketika menikmati makanan. Namun anda harus tahu bahawa air berais/sejuk akan memadatkan minyak yang terdapat pada makanan. Hal ini akan melambatkan proses pencernaan. Malah keadaan itu menyebabkan sisa makanan berubah menjadi lemak dan seterusnya menjadi penyebab kanser. Oleh itu, anda digalakkan untuk minum sup panas atau minum air panas sebelum menikmati sarapan, makan tengahari dan makan malam.


FT - Selamat mencuba, semoga berjaya!

Ramai Tentera Israel dari kalangan Muslim??

Pelik Tapi Benar??


Konflik antara Israel dan Palestin atau Arab-Israel sering diterjemahkan sebagai peperangan antara Muslim dan Yahudi...

Walaupun begitu sesungguhnya fahaman ini cukup rumit diperkatakan kerana sekarang sudah berjumlah ratusan bahkan ribuan pemuda Muslim didaftarkan menjadi anggota tentera rejim Israel. Mereka ikut bertempur di berbagai lokasi medan melawan Arab, seperti Lebanon dan Gaza.

Fahad Fallah adalah seorang perwira Muslim berpangkat kapten di institusi ketenteraan Israel. Fallah yang berasal dari suku Badwi Israel mengaku bangga menjadi anggota kor tentera dan siap bertempur di mana sekali pun untuk melawan musuh-musuh Israel. Ia juga mengaku ikut bertempur dalam perang Jalur Gaza lalu (27 Desember 2008 hingga 18 Januari 2009).

Fallah berkata, menjadi anggota tentera Israel adalah warisan keluarganya. ”abang dan bapa saya menjadi anggota keselamatan Israel,” kata Fallah.

Ramai dari kaum Badwi Arab yang beragama Islam merasa bangga dan setia pada negara Israel, tempat kelahiran mereka. Dimana sejarah kerja sama antara Badwi-Yahudi sesungguhnya telah terjalin sebelum wujudnya negara Israel tahun 1948.

Ketua kabilah Al Hib dari suku Badwi, Abu Yousuf, bahkan mengirim 60 anggota kabilah itu untuk membantu Yahudi berperang melawan Arab pada tahun 1946-1947. Kabilah Al Hib hidup di lembah-lembah Galilie (kini wilayah Israel Utara bersempadan dengan Lebanon dan Syria.

Pihak tentera Israel menolak diperkatakan berapa jumlah soldadu Israel dari kalangan Muslim. Tetapi dia anggarkan mencapai ratusan dan bahkan ribuan. Walau pun Israel tidak mewajibkan Muslim untuk mengikuti program ketenteraan di negara itu.

Apa motivasi Muslim di Israel masuk menjadi anggota militer negara itu? Pengarah Urusan di institusi tentera Israel, Kolonel Ahmed Romzi, mengatakan, kewajiban pertama warga Israel dalam membela tanah airnya, apa pun agama mereka, adalah perlu mengabdikan diri di institusi tersebut.

Menurut Romzi, banyak pemuda Muslim yang masuk menjadi anggota keselamatan Israel untuk mendapatkan dana bagi sekolah mereka di universiti2 agar lebih mudah mendapatkan pekerjaan.

Romzi mengatakan, kaum Muslim Israel yang masuk menjadi anggota tentera pascaperang di Jalur Gaza terus meningkat walaupun perang itu mendapat kutukan dari segenap Muslim di seluruh dunia.

Bulan march lalu (pascaperang Jalur Gaza), menurut Romzi, Jabatan Pertahanan Israel mengiklankan jawatang dalam tentera, dan ramai dari mereka yg Muslim masuk mendaftar.

Namun begitu , ramai pula pemuda Islam yang pernah menjadi anggota tentera Israel merasa kecewa akibat mendapat cemuhan dari masyarakatnya, bahkan disebut pengkhianat.

”Ketika memohon menjadi anggota tentera, saya dijanjikan kemudahan mencari kerja. Namun, setelah mengajukan lamaran kerja ke berbagai perusahaan, tetapi lamaran saya selalu ditolak dan akhirnya saya kembali ke kampung,” ungkap Maher Badawi, seorang Muslim dari kota Nazaretz , yang kini menjadi guru olahraga, menceritakan pengalamannya.

Saya sekarang ditolak oleh masyarakat Yahudi maupun Muslim,” katanya. Ia meluahkan rasa penyesalannya menjadi anggota tentera Israel kerana terus dicemuh dan disebut sebagai pengkhianat.

Gerakan Islam di Israel yang dipimpin Sheikh Raid Shalah merupakan institusi Islam yang paling kuat mengutuk fenomena masuknya pemuda Muslim menjadi anggota tentera Israel. Gerakan Islam ini sejak beberapa tahun lalu mengharamkan setiap pemuda Muslim menjadi anggota angkatan tentera Israel. Gerakan Islam itu juga menolak sembahyangkan jenazah pemuda Muslim yang pernah atau tsedang menjadi anggota tentera Israel.

sumber:

FT - pendedahan ini agak mengejutkan...
namun inilah dunia politik... realpolitik!!

Sesungguhnya peperangan Israel dengan Palestin merupakan peperangan politik.. bukan agama!
Sama seperti peperangan antara Iran dengan Iraq dulu.. ia peperangan politik bukan agama!

Politik ini diterajui oleh kerajaan yang memerintah.. menyalahkan bangsa dan agama itu agak keterlaluan..
Fikir-fikirkan..

Wednesday, January 5, 2011

Minyak Naik Lagi


















RON 97, Minyak Tanah Naik 10 sen lagi - mkini


Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Katanya, ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini, lapor Bernama.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan tersebut tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.


FT - minyak naik lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi...
sedih dan pilu bermain di dompetku....
hu hu hu..


Sunday, January 2, 2011

Lawak Tahun Baru















Kepada semua pembaca-pembaca blog ini...
FT mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 2011"...!!!
oh yeah!!!

Apa kata kita ketawa sebentar dengan "lawak tersohor" bekas pemimpin MIC.. Datuk S. Samy Vellu.. kata-kata beliau semasa menjadi menteri kerja raya dulu ternyata telah menaikkan nama beliau sebagai pelawak VIP tersohor 2010..

1. Samy Velu Berkata Tentang Pos Laju;
"Besoh kirim, hari ini juga sampai "

2. Di TV yang dia berkata dia malu;
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam ceramah;
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang-worang kampong di sini"

Lantas seseorang bertanya,
"Datuk,sini takde sungai, buat apa bina jambatan?

dan Samy dengan bangga membalas ,
"Kalao takde sungai,kita bina sungai"

4. Kata-kata Samy yang tersohor kepada pemberita;
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!"

5. Semasa krisis air;
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr..!"

6. Tentang masalah sosial;
"Worang-worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade.." * *

7. Semasa kempen derma darah di Sg.Siput;
"Marilah kita semua menderma dare..."

8. Semasa memberi ucapan di pelbagai acara;
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya saudara-saudari)

9. Semasa bising-bising tentang Al Arqam;
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes arqam" *

10. Juga lawak tersohor Samy;
"Kita akan bina roket pigi matahari".....

Pemberita menjawab.."Tapi Dato, matahari terlalu panas untuk didekati"...

Jawab samy..
"Itu tade masalah....kita hantar waktu malam"....


FT - kah kah kah!!!