Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Wednesday, November 17, 2010

Sabah oh Sabah

FT pernah melalui jalan ini ketika pergi melawat rumah rakan di Menggatal sempena Hari Raya 2 tahun lepas..















Beginilah keadaan rumah-rumah di kawasan tersebut.. Ini baru di Menggatal.. belum lagi di Tenghilan, Kudat atau Kota Marudu!!
















KARIM: SABAH MISKIN SEBAB PEMIMPINNYA KAYA-RAYA (mkini)

Bekas pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengakui kesahihan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) oleh Bank Dunia, bahawa Sabah dikategori sebagai negeri paling miskin di Malaysia, lapor TV Selangor.

Laporan berkenaan menyebut Sabah yang mewakili 10 peratus penduduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyatnya dikategorikan sebagai miskin.

Sehubungan itu, Karim juga yang menyanggah kenyataan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah yang menafikan laporan MEM berkenaan.

Pemimpin yang pernah sama-sama berjuang bersama tokoh kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun itu berkata masalah wujud disebabkan perjanjian ketika pembentukkan Malaysia tidak ditunaikan.

"Sabah negeri kaya, yang miskin rakyatnya dan yang kaya juga pemimpinnya. Laporan Bank Dunia itu yang betul," katannya yang berhasrat menghidupkan semula Usno.

Berhubung tindakan EPU menyanggah laporan tersebut, Karim berkata ini kerana kerajaan BN sengaja tidak mahu mengakui rakyat Sabah miskin.

"Kenyataan yang asyik diulang-ulang oleh pemimpin Sabah, hujung tahun ini semua rakyat sudah keluar daripada kemiskinan.

"Sabah kaya...kita ada minyak, ada kayu balak, ada kelapa sawit tapi rakyatnya miskin disebabkan pentadbiran yang tidak betul.

"Yang dimajukan cuma bandar dengan bangunan yang mencakar langit tetapi di luar bandar, orang masih lagi merempat.

"Seperti di Batu Sapi, kalau kita tengok tempat orang Islam di sana, air mata saya pun menitis kerana merempat sedangkan Batu Sapi itu tempat Ketua Menteri, banyak dengan kayu balak dan kelapa sawit," katanya.

Dakwa Karim lagi, Umno-BN sengaja membiarkan rakyat Sabah di dalam keadaan daif supaya undi mereka senang dibeli setiap kali pilihan raya diadakan.

"Ini adalah soal kepimpinan, kalau pemimpin mentadbir dengan baik, apa parti pun baik tetapi sejak tahun 1985 keadaan rakyat Sabah bertambah buruk. Rata-rata pekerja di Sabah, berpendapatan kurang daripada RM 500 kecuali pegawai kerajaan dan para pimpinan atasan," katanya.

Beliau juga membidas projek mega seperti membina terminal lapangan terbang yang berharga RM 1.2 bilion yang dakwanya tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di kampung-kampung yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke terminal tersebut.

"Projek mega memang nampak indah tapi projek di kampung, apa yang ada.

"Buat jalan raya tapi tidak mendatangkan hasil kepada rakyat jadi macam mana hendak menambah pendapatan rakyat supaya dapat keluar daripada kemiskinan," katanya lagi.


FT - teringat lagu Blues Gang... "apo nak dikato"..
sudah nasib dikandung badan..
nasi sudah menjadi bubur..

Kebenaran bahawa undi rakyat Sabah mudah dibeli memang benar..
Selagi ini berterusan.. selagi itulah nasib majoriti rakyat Sabah tidak akan berubah..

Fikir-fikirkan....

Tuesday, November 16, 2010

Isu Sosej Babi di Sarawak

Ini Bukan Anjing Panas!!















Ini Surat Kahwin Yang Panas!!

















Jais Tiada Rekod Beginda Minda Peluk Islam (malaysiakini)


Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman berkata, Jabatan Islam Sarawak (JAIS) akan menyiasat status agama Norazman Abdullah @ Beginda Minda dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Daud, JAIS akan bekerjasama dengan Jakim kerana tidak mempunyai rekod Norazam - bapa kepada budak sekolah yang dirotan kerana membawa sosej babi ke sekolah - memeluk Islam, lapor Bernama.

"Kita akan menyiasat bagi menentukan status agama bapa berkenaan," katanya yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Isu itu turut dibangkitan di persidangan Dewan Rakyat.

Pada 10 November lalu, kerajaan mengarahkan bahagian penyelidikan Jakim menyiasat status agama Norazman Abdullah ekoran keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.

Bagaimanapun, Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Jakim tidak berhak masuk campur menyiasat status itu kerana di bawah kerangka federalisme yang diterima oleh perlembagaan, Islam adalah bidang kuasa negeri.

Semalam, theStar melaporka Norazam mengaku telah murtad.


Bapa Isu Sosej Babi Akui Bukan Islam Lagi (malaysikini)


Beginda Anak Minda, bapa kepada pelajar 10 tahun yang dirotan baru-baru ini kerana membawa sosej babi ke sekolah mendakwa bahawa beliau bukan beragama Islam, lapor The Star.

“Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam,” kata Beginda, semalam.

Status agama lelaki itu menjadi kontroversial apabila isu merotan anaknya timbul.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah menentukan status agama Beginda.

“Hanya selepas itu, kesimpulan boleh dibuat mengapa anaknya itu dirotan,” kata Nazri.

Perdebatan dan pertikaman lidah berlarut di Dewan Rakyat sejak dua hari lalu sama ada anaknya, Basil - yang dipelihara oleh ibunya yang beragama Kristian - adalah seorang Muslim.

Namun menurut Beginda, anaknya itu bukan beragama Islam. “Anak saya beragama Kristian. Dia dibesarkan mengikut agama ibunya,” katanya.

Beginda berkata pada tahun 2004, apabila dia memohon MyKad, beliau telah menukar namanya semula kepada Beginda Anak Minda.

Anaknya dilahirkan pada 8 Mei 2000. Di sijil kelahirannya, tiada agama dicatatkan untuk Beginda.

Semalam, ahli parlimen Bebas, Zulkifli Noordin menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat kemungkinan bapa kanak-kanak yang dirotan itu mempunyai dua identiti.

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu, pada Rabu lalu mendakwa kanak-kanak itu adalah anak seorang Muslim bernama Norazman Abdullah @ Beginda anak Minda.

Beliau membayangkan kemungkinan Beginda murtad kerana dia telah didakwa mempunyai dua nama yang berlainan.

Katanya, Beginda yang dikatakan bapa kepada pelajar tersebut - pada tahun 1998, sewaktu kes Datuk Seri Anwar Ibrahim - namanya adalah Norazman Abdullah @ Beginda Minda dan beragama Islam.

Zulkifli berkata, sijil perkahwinan dikeluarkan pada 29 Julai 2009 sedangkan perkahwinan berlangsung pada 25 Disember 1999 iaitu setahun selepas kes Anwar, ketika Beginda seorang Islam.

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, jika seseorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu juga semestinya beragama Islam.

Basil dirotan 10 kali di tapak tangannya kerana memakan nasi goreng dengan sosej babi yang dibekalkan oleh ibunya.


Isu itu kali pertama didedahkan pada sidang media yang dianjurkan oleh PKR di Kuching di mana Angela Jabing, ibu kepada pelajar Sekolah Rendah St Thomas itu mendakwa seorang guru merotan anaknya kerana membawa makanan tidak halal ke sekolah.

Sekolah berkenaan kemudian memohon maaf kepadanya.


FT - Ini akibat daripada kes-kes penukaran agama tanpa kerelaan..
hal sebegini bukan saja berlaku di Sarawak tetapi juga di Sabah..
namun ianya agak sensitif untuk dibincangkan..

Setiap insan harus diberi peluang menentukan arah tuju kehidupan masing-masing..
Jalan ke syurga bukan hanya 1 tetapi mungkin 10 atau lebih..

Renung-renungkan..


Wednesday, November 10, 2010

Patung Erotik Adik Sultan Brunei



MANHATTAN - Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh, lapor akhbar New York Post semalam.

Permintaan itu disampaikan oleh pasukan peguam Putera Jefri menjelang satu kes sivil terhadap dua bekas peguamnya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman.
Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat.

Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson. Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.

"Muka saya merah kerana segan melihat patung-patung itu," kata Cymrot. Putera Jefri menyaman kedua-dua peguam itu kerana mendakwa mereka melakukan penyelewengan berjumlah jutaan dolar semasa bekerja untuknya antara tahun 2004 hingga 2006. - Agensi

FT - Kekayaan melimpah ruah,
Bagi orang kaya... duit umpama mainan.. RM1 juta umpama 1 ringgit
Bagi orang miskin.. duit adalah kehidupan.. RM 1.00 perlu dijimatkan untuk dikumpulkan bagi membeli nasi bungkus.. bagi menyara kehidupan isteri dan anak-anak..

nota: dibawah ini adalah antara gambar patung bogel tersebut..
pembaca dinasihatkan menggunakan budi bicara masing-masing....



Sorry and Thank You.


Buat pembaca sekalian... FT mengucapkan berbanyak terima kasih kerana masih sudi berkunjung dan membaca blog ini.. Ampun maaf juga dipinta kerana agak lama juga FT tidak menulis dalam blog ini...

Selepas meneliti statistik pengunjung dalam blog ini, FT mendapati masih ada pengunjung pada setiap hari walaupun hampir 2 minggu FT tidak "update" isu..

FT kini bersedia untuk menulis dan mengutarakan isu-isu terkini seperti sebelumnya...

Terima kasih!!