Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Monday, August 23, 2010

Murid Trauma Dipaksa Pakai Tudung.

Ini Gambar Murid Sekolah Makan Gula-Gula.


Hari ini aku terbaca di suratkhabar daily express muka hadapan melaporkan seorang murid perempuan di SM St. Anne, Labuan trauma dan tidak sanggup ke sekolah kerana pelaksanaan secara paksa pemakaian tudung di sekolah.

Ibu bapa pelajar yang beragama Islam itu mendapati kejadian ini menghairankan kerana sebelum ini mereka diberi jaminan mengenai pakaian seragam standard digunakan dan tudung adalah pilihan.

Dalam kes ini, pelajar itu dibuli, didenda RM1.00 dan diugut akan dirotan jika ingkar arahan sekolah. Ibu bapanya nyata terkejut kerana insiden ini berlaku di sebuah sekolah mubaligh dan bukan sekolah agama. Setelah mengemukakan surat bantahan kepada Ketua Pengarah Pelajaran dan Pengarah Pelajaran, mereka menghubungi daily express untuk melaporkan perkara ini.

Setelah balik ke rumah aku membuka internet untuk mencari maklumat tentang kejadian ini namun tidak dapat dijumpai.

FT - ini antara contoh pengetua/guru-guru sekolah yang membawa budaya dari Malaysia Barat (Semenanjung) ke Malaysia Timur (Sabah/Labuan). Budaya yang mungkin sesuai atau boleh dipaksa di sana tidak semestinya sesuai atau boleh dipaksa di sini..

Seperti yang diperkatakan oleh ibubapa pelajar terbabit.. mereka masih boleh mendisiplinkan anak mereka walaupun tidak memakai tudung ke sekolah. Bagi saya, pakaian hanya pakaian.. yang penting ialah dalam jiwa seseorang..

6 comments:

  1. Menurut akhbar kelmarin, pengetua sekolah itu telah meminta maaf dan berjanji kejadian salah faham ini tidak akan berulang.

    Nampaknya segelintir guru saja yang terlibat dalam hal ini. Namun kejadian sebegini pasti akan berulang lagi..

    ReplyDelete
  2. sa ada baca ba berita pasal ni kan, pengetua dia cina ba.

    ReplyDelete
  3. bdk prmpuan ni merokok ba.
    nmpk sgt suda rusak peribadinya. peraturan sekolah suda tidak mau diikut, apalagi bila suda bkerja di luar nnt? disuruh memakai tdung saja ba. bkn disuruh membajak sawah. kah kah kah. kasihan.

    ReplyDelete
  4. mah ai gila ah.apa punya sekolah tu.tapi budak tu pakai tudung.buruk giler muka . hisap rokok pulak tu.entah apa-apa.

    ReplyDelete
  5. Macam bangang!
    Nak hijab aurat pun tak mau ka!?

    ReplyDelete