Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Tuesday, August 31, 2010

31 Ogos hari.... cuti.

Untuk warga Sabah dan Sarawak... selamat menyambut Hari Cuti!!

31 Ogos datang lagi...
Pada tahun 2010, hari istimewa ini jatuh pada hari selasa. Warga Sabah dan Sarawak pastinya gembira kerana pada hari selasa ini kita tidak perlu bekerja kerana hari ini adalah hari cuti umum!

Jadi masa ini sangat sesuai untuk kita bangun lewat sedikit, sama seperti hari Sabtu ataupun hari Ahad.

31 Ogos 1957 hari kemerdekaan Malaysia?? Bull shit!! Nama Malaysia hanya wujud pada 16 September 1963!! Pada tahun 1957 hanya Tanah Melayu (Malaya) saja yang merdeka.

Bila Sabah dan Sarawak merdeka?? Persoalan ini memang rumit... ada sumber mengatakan kedua-dua negeri ini merdeka pada 31 Ogos 1963. Namun peliknya ia tidak disebut langsung dalam buku sejarah! Dalam buku sejarah, Sabah dan Sarawak dinyatakan mencapai kemerdekaan semasa menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963!


Sebenarnya ada banyak lagi cerita yang "tidak kena" yang terdapat dalam buku sejarah. FT akan menyatakan beberapa lagi perkara dalam post seterusnya..


Untuk warga Semenanjung Malaysia.. selamat menyambut Hari Kemerdekaan!

Tunku Abdul Rahman ialah bukan Bapa Kemerdekaan Malaysia.. beliau ialah Bapa Kemerdekaan Malaya!!

Bapa Kemerdekaan Sabah ialah Donald Stephens sementara Bapa Kemerdekaan Sarawak ialah Temenggung Jugah!

Walauapa pun, untuk rakan-rakan yang berasal dari Semenanjung Malaysia, FT mengucapkan "selamat menyambut hari kemerdekaan Malaya ke-53"!!

No comments:

Post a Comment