Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Wednesday, August 25, 2010

Bendera Malaysia Dipijak.. Dilempar Najis..!

Beraninya Mereka..

Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu.

- Bernama

FT - kejadian begini bukan baru tetapi sudah banyak kali berlaku..
tindakan mereka memang melampau dan kurang ajar..aku tak mahu komen panjang.. aku sertakan komen Hishamuddin Rais, seorang blogger melayu terkenal di semenanjung tentang hal ini..

NAK BUAT MACAM MANA ….TERIMA SAJELAH HAKIKAT
LAGU NEGARAKU CIPLAK LAGU TERANG BULAN…
BENDERA MALAYSIA CIPLAK BENDERA AMERIKA…
PADAN LAH MUKA KENA TAIK… TANAH TUDM PUN TAEK YANG PUNYA….

2 comments:

  1. Hahahahaa...sia suka tu komen si Hishamuddin Rais..kekekekeee..sia pun tak ada komen lah

    ReplyDelete
  2. Nota: "Taek" yang dimaksudkan oleh Hishamuddin Rais itu sebenarnya ialah Taek Jho Low, seorang tauke muda yang pernah berfoya-foya dengan Paris Hilton semasa world cup di Afrika dulu.

    Taek Jho Low menimbulkan kontroversi setelah berjaya mendapat kontrak bernilai RM500 juta ke atas tanah TUDM di Sungai Besi.

    ReplyDelete