Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Saturday, August 28, 2010

Ikan Oh Ikan.

UPM cipta alat kesan pengawet mayat pada ikan (Bernama)

Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta alat pengesan bahan pengawet mayat yang terdapat pada ikan dan makanan laut.

Penyelidiknya Prof Madya Dr Fatimah Abu Bakar berkata alat yang menggunakan teknologi biosensor itu sangat pantas dan berkesan untuk mengesan penggunaan bahan kimia tersebut yang boleh menyebabkan kanser jika dimakan.

Katanya ia hanya mengambil masa 10 minit sahaja berbanding secara konvensional iaitu selama satu hari dan ia mudah digunakan berbanding kaedah sedia ada yang memerlukan masa yang lama, rumit dan khidmat pakar di makmal.

"Keputusan yang diperolehi juga tepat kerana ia sensitif dalam mengesan kandungan kadar formaldehid dalam produk makanan yang diuji.

"Alat itu juga dapat membantu agensi pengawasan dan pemantauan termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta pengguna dalam memantau penyalahgunaan bahan kimia terlarang itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Formaldehid adalah bahan pengawet mayat yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, plywood, dan di hospital untuk tujuan pengawetan tisu spesimen.

Bahan kimia itu berbahaya kepada manusia kerana boleh menyumbang kepada risiko penyakit kanser paru-paru, kanser otak dan leukimia.

Petua FT - beli ikan air tawar, kurang sikit risiko berbanding ikan air masin.
Kalau mau makan ikan laut, beli sendiri di pasar.
Beli yang segar, insangnya masih merah.

FT lepas ni tidak mahu lagi makan ikan laut yang dijual di restoran!
Kah kah kah!!

No comments:

Post a Comment