Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Wednesday, October 27, 2010

Rasuah oh Rasuah

azlan


Malaysia 'tersangkut' di tangga ke-56 indeks rasuah (mkini)


Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Tempat teratas dikongsi oleh tiga negara - Singapura, New Zealand dan Denmark daripada 178 negara yang dikaji.

Menurut TI Malaysia, meskipun laporan yang dikeluarkan petang tadi, menunjukkan negara menuju ke arah yang betul, namun masalah timbul ketika pelaksanaannya.

Presidennya, Paul Low berkata kejatuhan dalam markah itu “secara statistik tidak signifikan”.

Beliau berkata kegagalan menangani rasuah akan mengagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi memandangkan pertalian terus antara rasuah dan pendapatan per kapita.

Menurut setiausaha agung TI Malaysia, Ngooi Chu-Ing, antara yang paling ketara adalah persepsi umum bahawa kerajaan kurang azam politik untuk menangani rasuah.

"Kita boleh lihat sebagai contoh, terdapat kebimbangan di kalangan umu bahawa tiada "ikan besar" yang didakwa dan juga kemajuan yang lembab dalam mengenalpasti serta mendakwa individu yang terbabit dalam skandal PKFZ (Port Klang Free Trade Zone).

"Begitu juga dengan keputusan "tiada sebarang tindakan"" (NFA) oleh peguam negara terhadap individu-individu yang didakwa mempengaruhi pelantikan hakim dalam badan kehakiman dan amalan berterusan memberikan kontrak projek-projek Mega secara tidak telus," katanya.

"Pada masa kini, menteri kabinet mengistiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri namun butir-butir pengisytiharan harta mereka tidak pernah diumumkan kepada awam...kami juga menggesa ditegakkan kebebasan maklumat melalui pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Penerbitan dan Percetakan," katanya.


FT - jika tiada rasuah.. maka tiadalah "wang tambahan" diperolehi..
jika tiada wang tambahan.. maka tiadalah kereta 10 biji dan rumah banglo 10 juta..

Pernah terdengar berita yang disiarkan di radio..
ketika itu Senator Jins Shamsudin (pengarah filem) bertanya kepada Parlimen bolehkan rasuah sifar dicapai di Malaysia?
Kemudian ahli yang lain menjawab "kalau realitinya.. menghapuskan rasuah ke peringkat sifar tidak mungkin dapat dicapai.. kalau dalam filem tu boleh la datuk" ucapannya disusuli oleh gelak dan tawa daripada ahli yang lain..

Bagi mereka yang bersidang di Parlimen yakni Dewan Rakyat dan Dewan Negara..
hal tersebut mungkin melucukan sehingga mereka tertawa dengan cadangan Senator itu..
namun bagi rakyat macam kita yang hidup serba kekurangan..
hal ini ternyata amat mengecewakan dan memalukan negara..

Renung-renungkan......



Mari Enjoy di Kelab Malam

Mari kita enjoy sampai pagi... yahoo!!!


ETP: Lebih banyak kelab malam, SPA akan dibina (mkini)

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.


FT - dulu kata... nak bina F1 untuk pelancongan..
minggu lepas kata.. nak bina Menara 100 tingkat juga untuk pelancongan..
hari ini kata.. nak tambah kelab malam dan spa juga untuk pelancongan..

Agaknya.. dari mana datangnya "ayam-ayam" yang bakal menghiburkan pelancong dari luar itu?
Adakah "local" punya ataupun "import" punya??

Kalau "import" punya.. semua tau mereka datang dari China, Thailand, Vietnam..
Kalau "local" punya.. dengar khabar orang-orang di KL sana sangat berminat dengan gadis-gadis GRO dari Sabah...

Adakah ini semua boleh dianggap mendatangkan kebaikan kerana memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini?

Fikir-fikirkan..

Tuesday, October 26, 2010

Mau Kaya Kahwin Dengan Anak Raja


Elaun Ratu Elizabeth vs Yang Dipertuan Agong!



Baru-baru ini, Ratu England Queen Elizabeth telah meminta menaikkan gaji pertamanya dalam tempoh 20 tahun kerana defisit 6 juta pound yang dialaminya tahun lalu.

Permintaan baginda dilihat bakal mendapat tentangan kerana kerajaan baru campuran Conservative Lib Dem baru saja memotong 6 billion pound daripada belanjawan sektor awam bagi negara Britain baru-baru ini.

Sebenarnya Ratu Elizabeth kini memperoleh dan menikmati pendapatan tahunan sebanyak 7.9 juta pound tetapi baginda membelanjakan 17.3 juta tahun lalu. Kebanyakkannya dihabiskan pada bayaran gaji pekerja istana sebanyak 9.9 juta!

Kos membayar gaji Ratu Elizabeth dibayar sepenuhnya dengan menggunakan duit cukai pendapatan rakyat. Dianggarkan setiap rakyat Britain membayar 69 sen seorang pada setiap tahun bagi menanggung kehidupan raja yang mewah ini.


Di Malaysia, agaknya berapa perbelanjaan yang ditanggung untuk menggaji Sultan, Yang Dipertuan Agong, Sultanah dan juga kerabat diraja???

Sekadar info..
















Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong.

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880
  1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)
Jumlah sebulan Permaisuri Agong ialah RM16,339

  1. Privy Purse - RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)
Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :
  1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
  2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
  3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong.

Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.


Pencen khas untuk balu Permaisuri Agong.

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara :
1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000
Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan

Elaun Sultan dan kerabat Diraja.

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan
1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebnayak RM14,600 sebulan
1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan
Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :
  • Raja Muda – RM13,000
  • Raja Puan Muda – RM5,200
  • Tunku Bendahara – RM4,000
  • Isteri Tunku Bendahara – RM1,250
  • Tunku Temenggung – RM3,500
  • Isteri Tunku Temenggung – RM900
  • Tunku Laksamana – RM3,000
  • Isteri Tunku Laksamana – RM600
  • anak-anak Sultan – RM1,000

FT - hanya mampu melihat jumlah wang yang dinikmati mereka..
..................no komen...................... daulat tuanku!!!!!!!!!

Adik Ipar Tony Blair Masuk Islam


LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.

Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.

Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi.


FT - setiap manusia dilahirkan bebas..
bebas untuk membuat pilihan...
pilihan ke arah kebaikan.. kebaikan dunia dan akhirat..


Saturday, October 23, 2010

Ulama oh Ulama

Segalanya terpancar dari wajah..
Si gadis ayu yang masih mentah dan jahil.. dengan si tua yang bernafsu besar..




















Pendakwaraya Tuntut Ulama Kahwin Budak 12 Tahun Dihukum

UNGARAN (Indonesia): Pendakwa raya semalam menuntut seorang ulama kaya yang berkahwin dengan seorang budak berusia 12 tahun dihukum penjara enam tahun atas tuduhan mencabul kanak-kanak.

Pujiono Cahyo Widiyanto, 45, dari Semarang, Jawa Tengah, mencetuskan kontroversi apabila berkahwin dengan kanak-kanak dari keluarga miskin itu, Lutfiana Ulfa.

“Kami mengesyorkan supaya dia dipenjara enam tahun. Beliau terbukti bersalah mencabul secara seksual kaum wanita, khususnya kanak-kanak bawah umur itu,” kata pendakwa raya, Suningsih.

“Sebagai pemilik sebuah sekolah agama, Pujiono tidak menunjukkan contoh yang baik,” katanya.
ujiono yang juga terkenal dengan panggilan Sheikh Puji, mengahwini Lutfiana pada Ogos 2008.

Beliau mempertahankan perkahwinan itu, yang kedua baginya, dengan berkata kanak-kanak itu sudah cukup umur.

Pujiono juga berkata, perkahwinan itu sah di sisi Islam tetapi pengkritiknya berkata, beliau perlu mematuhi undang-undang negara yang menetapkan 16 tahun sebagai usia minimum untuk berkahwin.

Indonesia mempunyai undang-undang tegas berhubung kesalahan seks dengan kanak-kanak tetapi perkahwinan yang tidak didaftarkan atau dilakukan secara tidak rasmi antara lelaki tua dengan gadis bawah umur adalah perkara biasa di kawasan pedalaman. - AFP


FT - dunia ini macam-macam
ada paderi menyamar, ada sami menyamar, ada haji menyamar,
ada ulama menyamar...

Mereka menyamar seolah-olah mereka manusia suci..
namun mereka memperalatkan agama untuk kepentingan diri..
lalu dengan mudah dapat mengambil kesempatan di atas kesempitan..

Renung-renungkan..

Friday, October 22, 2010

Istana Oh Istana

"Istana" bagi orang kampung yang miskin hanyalah tempat mereka berteduh dari hujan dan panas.











Istana bagi orang kaya dan penguasa merupakan simbol keagungan yang perlu dimegahkan oleh seluruh dunia!


















Skandal Projek Pembinaan Istana RM800 juta!!

Kontraktor utama yang dipertanggungjawab membina Istana Negara yang baru tidak layak mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit itu, dakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, syarikat berkenaan, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007.

"Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok,” kata Anwar pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

"Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib.” Anwar berkata tiada penjelasan diberikan berhubung mengapa kos pembinaan projek Istana itu naik berlipat ganda daripada kos permulaan di bawah RM400 juta kepada melebihi RM800 juta sekarang.

"Cadangan pembinaan dengan kos RM395 juta ditawarkan kepada Maya Maju mengikut konsep penswastaan tetapi selepas rundingan terus dengan JKR, ia naik menjadi RM650 juta.

"Tiada penjelasan berhubung kenaikkan mendadak ini dan kosnya itu sekarang meningkat kepada RM811.2 million," katanya sambil menambah bahawa kontarktor utama itu tidak mendapat kebenaran menggunakan nama Maya Maju, yang telah didaftarkan sebelum itu kepada syarikat lain.

Menurutnya, pihak pembangkang melalui ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, akan menimbulkan isu itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menuntut sisatan terperinci berhubung projek kontroversi berkenaan.


FT - istana oh istana
rakyat miskin tinggal dalam "kandang ayam"
penguasa yang tinggal dalam istana bernilai jutaan ringgit masih tidak mahu bersyukur
mereka masih mahu membina istana mahligai yang bernilai ratusan juta ringgit
mengapa?? kenapa??

Renung-renungkan..

Tuesday, October 19, 2010

Lagi Lagi Menara (Part 2)

“Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” ... "anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas"

Petikan Ucapan Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan dan Pengasas Petronas.


...dan kini, Menara 100 Tingkat Pulak!!!




Najib: Menara 100 Tingkat Bukan Pembaziran (bernama)

Datuk Seri Najib Razak mempertahankan cadangan pembinaan menara 100 tingkat bernilai RM5 bilion oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan menyifatkan ia bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.

Perdana Menteri berkata pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor. "Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.

"Projek ini bukan pembaziran tapi menguntungkan, yang dirancang (oleh) PNB. Najib berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu. "Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Semasa membentangkan Bajet 2011 Jumaat lalu, Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan satu lagi mercu tanda akan dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka dan dijadual siap pada 2020. Najib berkata dalam sejarah negara ini, Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik hebat oleh pembangkang apabila membuat keputusan untuk membina jambatan Pulau Pinang, namun akhirnya sekarang rakyat Pulau Pinang meminta jambatan yang kedua.

Dr Mahathir juga dipertikaikan semasa membina Menara Berkembar Petronas, jadi rasional kerajaan bagi pembinaan menara warisan adalah sama, katanya. Warisan Merdeka akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.


FT - Jika beginilah keadaan yang berlaku..
sudah pasti.. bila seorang PM yang baru dilantik kelak..
beliau juga akan membina satu lagi menara yang lebih tinggi daripada yang tertinggi...
mungkin 150 tingkat atau 200 tingkat!!

Ia bukan pembaziran??? Fikir-fikirkan..

Lagi Cerita Artis Indonesia

Rianti berkahwin di gereja di New York


3 Artis Indonesia Didakwa Murtad
(myMetro)

SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.

Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa. Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas. Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan. Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan. Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah. Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu. Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu. Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.


FT - pernah terbaca dan melihat gambar...
Kisah orang Kristian dan orang Islam berkongsi tanah perkuburan di Indonesia...
perkara biasa bagi mereka..

Kisah orang Kristian, Hindu dan Islam berkongsi rumah ibadat di Indonesia...
perkara biasa bagi mereka..

Mungkin inilah versi "1 Indonesia" yang amat jauh bezanya dengan versi 1 Malaysia..

Renung-renungkan..


Monday, October 18, 2010

Nuklear di Malaysia?? Oh Tidak!!

Stadium yang runtuh di Terengganu.












Akhbar yang melaporkan kejadian stadium runtuh di Terengganu.















Stesen janakuasa nuklear yang bakal di bina di Malaysia??



LAPAN LOKASI DIKAJI UNTUK LOJI JANAKUASA NUKLEAR - Utusan Melayu

Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Daud Mohamad berkata, lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.

"Antara kriteria yang mesti ada untuk membina loji janakuasa nuklear ini ialah kita memerlukan kawasan yang berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir.

"Jika ada penduduk di kawasan yang dipilih itu, mereka harus berpindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan pula kita perlu pindahkan tetapi kosnya sangat mahal."Apa-apa pun segala keputusan akhir akan dibuat oleh kerajaan dan dijangka ditetapkan dalam tahun 2012,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengurusan Kualiti 2010 di sini hari ini.


FT - wow!! Malaysia akan mempunyai loji nuklear pertama??
wow!!

Bina jambatan... jambatan runtuh.. pelajar sekolah mati lemas..
Bina sekolah.. lantai runtuh.. pelajar sekolah hampir mati..
Bina stadium.. stadium runtuh.. ultraman hampir mati..

Lepas ni nak bina loji nuklear pulak??
Apa pun.. pastikan kawasan itu tidak didiami oleh raksasa..
Jika tidak.. ultraman terpaksa bertarung dengan raksasa berhampiran loji itu..

Jangan nanti jika loji nuklear itu runtuh..
Ultraman pulak yang disalahkan nanti..

Fikir-fikirkan..

Artis Indonesia Dirogol??

Penyanyi Dakwa Diperkosa Ulama


JAKARTA: Selepas video lucah didakwa membabitkan tiga penghibur popular mengejutkan rakyat Indonesia, seorang ulama terkenal negara itu pula menjadi tumpuan kerana didakwa merogol seorang penyanyi.

Minggu lalu, penyanyi Aida Saskia, 25, menuduh ulama Zainuddin MZ merogolnya, namun pemimpin agama itu menafikan tuduhan terbabit, lapor tempointeraktif.

Aida mendakwa, insiden merogol itu berlaku di sebuah vila di Bogor, Jawa Barat, ketika dia berusia 16 tahun.

Peguam Aida, Alamsyah Hanafiah berkata Aida kecewa dengan ucapan Zainuddin mengenai video lucah membabitkan Nazril Irham atau Ariel ‘Peterporn’, Cut Tari dan Luna Maya tersebar secara meluas.

“Dia memutuskan untuk mendedahkan salah laku (dirinya dan Zainuddin) yang amat memalukan,” kata Alamsyah. Zainuddin merancang mengadakan sidang media menjawab tuduhan itu kelmarin namun membatalkannya.

Dalam pada itu, Habib Mahdi, seorang ulama yang dekat dengan Zainuddin ketika dihubungi detikhot menerusi telefon kelmarin berkata, Zainuddin, 59, mengakui dirinya tidak sakit hati dan bersedia memaafkan Aida dengan bersyarat.

“Kata Zainuddin, andainya Aida sudah tidak marah dan menarik balik tuduhan itu, dia akan maafkan Aida demi umat,” kata Habib.

Mahdi juga juga merancang menemukan wanita yang mempunyai kerjaya sebagai penyanyi dangdut itu dengan Zainuddin. Sebagai ulama yang menjadi orang tengah antara Aida dan Zainuddin, Mahdi merasa bertanggungjawab mendamaikan mereka.

Kata Mahdi, ketika ini Zainuddin sibuk berdakwah dan tidak sempat bertemu Aida. Kiyai yang memegang jawatan ketua umum Parti Bintang Reformasi itu membatalkan sidang medianya kelmarin atas sebab tidak diketahui.

Dalam perkembangan lain, Alamsyah berkata, anak guamnya pernah sekali melakukan hubungan seksual dengan Zainuddin.

“Aida bercerita kepada saya bahawa dia pernah diperkosa sekali. Hanya sekali,” kata Alamsyah ketika ditemui di pejabatnya Khamis lalu.

Jika dalam tempoh dua minggu tuntutan Aida tidak dijawab, perkara ini akan dibawa ke muka pengadilan.

Mengenai sikap Zainuddin yang menyangkal dan tidak mengakui perbuatan tidak senonoh terhadap Aida, Alamsyah mencabar Zainuddin membuat laporan polis jika merasa namanya dicemarkan Aida.

Sementara itu, artis dan pengacara Dorce Gamalama mengakui sangat mengenali Zainuddin dan tidak yakin ulama itu merogol Aida. – Agensi


FT - dunia ini macam-macam cerita rogol ada
Paderi merogol.. sami merogol.. ustaz merogol.. ulama merogol

Hakikatnya.. mereka cuma manusia.. walaupun mereka bekerja untuk Tuhan
tapi syaitan sentiasa ada untuk menggoda..

Kuatkan iman.. teguhkan pendirian!!

Saturday, October 16, 2010

Lagi Lagi Menara

Menara Jam Atkinson di Sabah.. menara yang dilupakan..
















Baru!! Menara Warisan Merdeka; satu lagi pencakar langit di KL!!


















Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.

Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Menara itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.

Kos projek berjumlah RM5 bilion, dengan menara dijangka siap pada 2015. Projek berkenaan adalah sebahagian daripada tiga projek pembinaan mega yang diumumkannya.

Ia adalah antara projek strategik impak tinggi yang akan merangsang permintaan domestik serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.


FT - wow!!! satu lagi menara tertinggi akan dibina di Malaysia..

Jika dahulu Dr. M terkenal dengan menara berkembar Petronas.. yang dibina dari duit hasil minyak dari Sabah dan Sarawak... itu pun masih banyak tingkat yang kosong tak berpenghuni..

Kali ini akan dibina pula Menara Warisan Merdeka??? wow!!! Lepas ni nama Malaysia akan bertambah terkenal di serata dunia... wow!!

Jadi sebagai rakyat Sabah khususnya dan rakyat Malaysia amnya.. harus berbangga dengan kejayaan negara membina menara tertinggi ini.. 5 billion.. 100 tingkat..

wow!!!!


FT - sedih sungguh melihat warisan sejak sebelum merdeka yang ada di Bandaraya KK.. iaitu Menara Jam Atkinson.. hidup segan, mati tak mahu.. kerajaan negeri juga seakan tidak bersungguh mempertahankan menara ini...

Menara jam Atkinson.. bakal tumbang.. bakal dipindahkan.. kerana tapaknya bernilai jutaan ringgit.. taukey hotel sedia menunggu kelulusan..

Ia bertepatan dengan slogan penduduk bandar, "Hotel 5 star diutamakan.. menara jam buruk dipindahkan" ...


Friday, October 15, 2010

Minyak Sabah Untuk Kroni

Kisah Mahathir Membuli Petronas Untuk Kayakan Kroni.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak supaya menjalankan siasatan segera berhubung urusan jualbeli tanah KLCC yang didakwa mengakibatkan Petronas terpaksa membeli tanah tersebut pada harga RM900 juta sekaligus memberikan keuntungan amat lumayan kepada salah seorang kroni Umno-Barisan Nasional terkaya di Malaysia.

Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa membeli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda.

"Kerajaan tidak meminta Kelab Kuda untuk menyerahkan atau menjual tanah tersebut kepada Petronas. Apa yang dilakukan ialah memaksa Kelab Kuda tersebut menjual tanah yang bernilai tinggi itu kepada kroni teristimewa Mahathir.

"Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas. Pengurusan atasan Petronas diarahkan supaya membayar pada harga itu tanpa dibenarkan langsung merunding harga tersebut," kata Dr Tan ketika menyampaikan penerangan kepada anggota Parti Keadilan Rakyat d sini semalam.

Suara Keadilan difahamkan daripada sumber dalaman Petronas, Lembaga Pengarah syarikat petroliam itu sememangnya telah 'dipulas tangan' oleh bekas Perdana Menteri itu supaya membeli pada harga tersebut.

"Beberapa ketika dahulu syarikat minyak Shell dan Esso telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa Petronas adalah salah sebuah syarikat petroliam yang amat sukar dalam rundingan urusniaga dengan mana-mana pihak pun di dunia. Ini menunjukkan Petronas akan berusaha sedaya upaya dalam setiap urusan perniagaan untuk mendapatkan rundingan harga terbaik dan perjanjian yang menguntungkan syarikat itu.

"Tetapi dalam kes tanah KLCC, Lembaga Pengarah KLCC dipaksa membayar harga yang telah ditetapkan 'harga mati' tanpa dibenarkan untuk merundingkan harga walau sesen pun. Bagaimana sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang diiktiraf dan dihormati pesaing sebagai rakan kongsi yang sangat sukar dalam rundingan perniagaannya dipaksa sebegitu rupa untuk tunduk kepada kuasa politik dan ketamakan bekas Perdana Menteri dan kroninya yang begitu rakus. Urusan jualbeli tersebut benar-benar satu malapetaka yang menimpa Petronas dan mulai saat itu kroni Dr Mahathir mula meletakkan tangan mereka pada kantong Petronas," kata sumber itu.

Tanah seluas ekar yang terletak dalam kawasan tiga segi emas atau 'golden triangle' dikatakan bertaraf pertanian pada awalnya sebelum ditukar statusnya kepada tanah komersial setelah dibeli kroni Dr Mahathir pada harga RM300 juta.

Hanya setelah taraf tanah tersebut ditukar kepada komersial baru ianya dijual kepada Petronas pada harga RM900 juta.

Ini bermakna kroni tersebut telah mendapat keuntungan atas angin dengan senang sebanyak RM600 juta padahal persoalan yang timbul mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus dengan pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?

"Ini jelas menunjukkan bagaimana mantan Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri yang dipertanggungjawab untuk menjaga Petronas untuk mengkayakan kroninya dengan menggunakan dana awam.

"Malah apa yang mengejutkan kroni tersebut berjaya mengaut keuntungan dengan begitu besar sebanyak RM600 dalam masa beberapa bulan sahaja tanah tersebut ditukar status daripada tanah pertanian kepada komersial," tegas Dr Tan lagi.

Dr Tan menjelaskan pada asalnya pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf DiRaja Selangor di mana terletaknya Hospital Prince Court sekarang.

"Ini perlu dilakukan memandangkan ibu pejabat di Bangunan Dayabumi ketika itu sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung perkembangan pesat Petronas.

"Bagaimana pun pembinaan ibu pejabat baru tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam kerana ia terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi," jelas beliau lagi.

Dr Tan berkata Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah di Jalan Ampang, dibelakang dahulunya Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta.

"Tiba-tiba Mahathir masuk campur dan mengumumkan rancangan liciknya untuk merompak wang daripada khazanah Petronas dengan tujuan mengkayakan kroni beliau.

"Sebahagian daripada rancangan beliau ialah dengan mencipta isu di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu.

"Selepas isu itu disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang.

Dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Keenam di Dewan Rakyat pada 18 Julai 1991, Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan.

"Tanah Kelab Lumba Kuda dijual berikutan arahan kerajaan kepada kelab tersebut supaya keluar dari pusat Kuala Lumpur kerana lokasinya meyebabkan kesesakan lalulintas. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan wang untuk membina padang lumba kuda baru, kelab itu memutus untuk menjual tanahnya di Jalan Ampang.

"Mengikut laporan sebuah majalah asing, Encik (Ananda) Krishnan membeli tanah ini pada masa resesi di waktu mana harga tanah jatuh dengan teruk dan ramai yang bankrap dan tidak ramai yang berminat atau mampu membeli hartanah.

"Tanah seluas 96 ekar ini terletak dalam kawasan tiga segi emas atau dengan izin "golden triangle" yang amat diminati oleh pemaju-pemaju. Sekarang apabila ekonomi telah pulih dan terdapat dengan izin "building boom", tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi," kata Dr Mahathir.

Dalam ucapan beliau, Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50 peratus saham Seri Kuda, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ananda.

"Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda bahawa lebih dari 50 peratus tanah kelab hendaklah dijadikan 'public park'. Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100 peratus. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar hanya bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51 peratus dari saham Seri Kuda. Sebuah firma penilai bebas telah ditugas oleh Petronas untuk menilai tanah tersebut. Jika harga yang ditawarkan kepada Petronas menguntungkannya, baharulah Petronas akan membeli saham Sri Kuda.

"Jika harganya akan merugikan Petronas, maka Petronas tidak akan membelinya. Jika Petronas tidak mengambil saham ini, berpuluh syarikat lain akan berebut-rebut membelinya," kata beliau.

Suara Keadilan.

FT - Letih membaca laporan yang panjang lebar ini..
Cukup la.. tak mau komen..
Kepada warga Sabah.. bukalah mata, bukalah minda...


Wednesday, October 13, 2010

Kasihan Encik Ibrahim Ali

Encik Ibrahim Ali kelihatan terpinga-pinga menjawab soalan wartawan.




Sultan Kelantan Lucutkan Gelaran "Datuk" Ibrahim Ali (mkini)

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali. Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Menurut kenyataan media yang difakskan ke Malaysiakini, Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan, Datuk Seri Setia Raja Mohd Aiseri Alias berkata lima pingat yang dianugerahkan kepada Wan Hashim ditarik balik.

Menurut kenyataan itu, "adapun penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua".

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) yang membawa gelaran 'Datuk Paduka' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra. “Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini. Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi. “Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.Sementara itu, Ibrahim ketika ditemui wartawan di lobi parlimen, berkata beliau menerima keputusan penarikan darjah kebesarannya itu dengan hati terbuka terhadap. Katanya, tindakan itu tidak akan mematahkan perjuangan beliau untuk mempertahankan institusi diraja dan juga hak Melayu. "Saya tidak terkejut dengan perkara ini dan saya tidak mengetahui sebab dilucutkan gelaran itu," katanya.

FT - wah.. hebat sungguh Encik Ibrahim ini..
hebat seperti Laksamana Hang Tuah yang dihukum bunuh oleh Sultan Melaka dulu..
Hang Tuah sanggup dihukum bunuh kerana kesetiaannya kepada Sultan Melaka..

Bravo Encik Ibrahim!! Engkaulah "pejuang" Melayu yang wajar dicontohi oleh semua..
ups.. maksudku.. semua katak-katak dan ahli Perkasa!!

Kah kah kah!!

Mayat Jururawat Hilang Akhirnya Ditemui



Mayat seorang wanita separuh bogel, dipercayai jururawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas, dijumpai dihumban ke dalam sebuah longkang pada Selasa.

Mayat itu sudah mula menjadi busuk ketika dijumpai oleh beberapa penduduk Taman Kingfisher kira-kira 11 pagi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah SAC Tan Kok Liang berkata siasatan awal menunjukkan mangsa mengalami kecederaan di kepala.Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mayat itu adalah jururawat dari Kudat yang sebelum ini dilaporkan hilang.

"(Bagaimanapun) masih terlalu awal untuk menentukan sebab kematian," katanya sambil menambah bedah siasat akan dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

Sabtu lepas, jururawat Annie John Dismas, 39, dilaporkan hilang selepas dia berbual menerusi telefon dengan tunangnya kira-kira 3 petang.

Dia dilaporkan memberitahu tunangnya yang dia akan pergi ke Universiti Terbuka Malaysia untuk menghadiri kursus, dan kemudiannya ke QEH untuk melawat neneknya.

Annie tidak pulang ke rumah malam itu.Keesokan harinya, kereta Perodua Kancil milik Annie ditemui kira-kira 2 pagi di Lorong Dewan, berhampiran Hotel Garden di pusat bandar raya.

Bapa mangsa, John Dismas berkata Annie dan tunangnya tiba ke bandar raya ini pada 30 Sept, dari Kudat, tempat dia bekerja.

(sumber; Bernama)


FT - Sedih dan kasihan mendengar tragedi ini..
Di dunia ini ada banyak orang baik tetapi banyak juga orang jahat..
Hanya satu pesan untuk semua.. berhati-hati selalu..
Semoga Tuhan melindungi kita.. Semoga Tuhan memberkati roh mendiang..

Tuesday, October 12, 2010

Katak Oh Katak

Katak ini sedang duduk dan bertelefon dengan si Kodok















"Jan kamurang gitu bah.. ada bah sia berdiri.. tapi lambat sikit "
Ibrahim Ali menafikan..













Ibrahim Ali Didakwa Tidak Hormat Mendiang Chong (mkini)

Ahli parlimen pembangkang hari ini membidas Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), yang dikatakan tidak berdiri dan terus bercakap di telefon ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati pemergian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah.

Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata presiden PERKASA itu tidak sopan dan "sengaja memprovokasi", dan memberi amaran bahawa wakil rakyat pembangkang boleh mengemukakan usul terhadap Ibrahim.

Bercakap di lobi Parlimen, Khalid berkata, seorang rakan MP telah meninggal dan ia hanya satu minit bertafakur sebagai tanda hormat.

Bagaimanapun, katanya, Ibrahim terus duduk dan bercakap dengan kuat di telefon, seperti mahu menunjukkan semangatnya sebagai juara Melayu.

Menurut Khalid lagi, jelas kepada semua ahli parlimen yang Ibrahim sedang bercakap di telefon kerana hanya suaranya sahaja yang kedengaran sedangkan orang lain diam bertafakur.

Khalid berkata, walaupun Ibrahim akhirnya berdiri, tetapi hanya pada penghujungnya.

Dalam SMS kepada Malaysiakini lewat petang ini, Ibrahim mendakwa tuduhan terhadapnya itu adalah tidak benar.

"Saya bangun. Cuma lewat sikit. Tak sampai sesaat. Kalau kata saya tak berdiri hormat adalah dusta," demikian kandungan SMS tersebut.

Dalam SMS tambahan yang dihantar Ibrahim selepas itu, beliau menulis: "Tak kan la hal macam ni pun jadi isu... Saya bangun dan masih bertafakur. Cuma lambat sikit. Tak Sampai sesaat."


FT - Malas nak komen pasal katak ini!!


Monday, October 11, 2010

Takziah Buat Mendiang YB

Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah Meninggal Dunia











[Bernama] KOTA KINABALU 9 Okt. - Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (PBS) meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di sini, pagi ini.

Edmund, 54, dipercayai sedang menunggang motosikal berkuasa besar dari Sembulan ke Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez kira-kira pukul 11.40 pagi ini.
Mayatnya telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di sini.

Beliau merupakan Ahli Parlimen pertama di Batu Sapi selepas memenangi pilihan raya umum pada 2004 lalu.



FT - Berita ini membawa 2 reaksi berbeza;
Pada keluarga mendiang.. mereka akan bersedih.. takziah diucapkan.

Namun pada pengundi dan penduduk Batu Sapi Sandakan,
Mereka pasti gembira.. kerana selepas ini banyak projek akan masuk..
Jalan raya akan ditar.. bekalan air akan datang membasahi,
bekalan elektrik akan datang menerangi..

Kenapa tiba-tiba banyak projek akan masuk??
Tidak lain dan tidak bukan.. sebab lepas ini ada pilihanraya!!!!

Sunday, October 10, 2010

Kondom Oh Kondom

Ini bukan Stokin

Ini Bukan Orang Bangang












Ini Bukan Pertandingan Meniup Belon












Ribuan Kondom Sumbatkan Longkang di Perkampungan Sukan Komanwell (bernama)


NEW DELHI, 7 Okt (Bernama) -- Sukan Komanwel ke-19 di sini kini menjadi tumpuan berita tetapi kali ini untuk sebab yang berbeza -- kondom.

Ribuan kondom yang telah digunakan telah menyebabkan longkang di perkampungan sukan tersumbat selepas para atlet membuangnya di dalam tandas mereka.

Sebuah akhbar harian tempatan melaporkan petugas penyenggaraan yang geram dengan keadaan itu terpaksa memanggil tukang paip bagi membersihkan kondom yang melekit itu di tandas apabila para atlet mengadu bahawa tandas mereka tersumbat. Mereka dapati kondom-kondom itu adalah penyebabnya.

Ketika diminta mengulas isu itu, ketua Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) Mike Fennell menjawab " ini menunjukkan para atlet bertanggungjawab."

"Harap mereka (petugas) membersihkan tandas-tandas itu. Jika itu ceritanya, sudah tentu ia positif. Ia menunjukkan penggunaan kondom, para atlet kini semakin bertanggungjawab. Sebelum ini, banyak sangat kontroversi bagi mempromosikan seks yang selamat," kata Fennnell kepada media pada Khamis.

Para penganjur telah memasang 200 mesin menjual kondom sekitar perkampungan sukan dan kira-kira 100,000 kondom akan diedar secara percuma kepada para atlet sepanjang temasya itu.

Dan jenama kondom percuma itu ialah "Play Safe".


FT - Mungkin lucu, mungkin pelik..
Apa sebenarnya yang sedang berlangsung di sana??
Pesta sukan atau pesta seks???

Harap "tiada berlaku" kepada atlet-atlet Malaysia..
hehe..

Thursday, October 7, 2010

Macam-Macam Cara Nak Cari Duit

Ups.. sorry.. ini salah watak!!














Haa.. ini betul. Ini watak lama yang semakin dilupakan..












Hari ini.. muncul watak baru. Lebih hensem.. lebih cool..














Kes Liwat II: Bekas Pembantu Anwar Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan Bersumpah
(mkini)

Seorang bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman hari ini, dalam perkembangan mengejutkan, mendakwa beliau telah dipaksa mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dalam kes liwat kedua dihadapi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu dengan menandatangani dua akuan bersumpah.

Rahimi berkata beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008 yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.

Sekumpulan ahli PKR menyerbu lokasi sidang media itu sebelum Rahimi bertemu pemberita dengan menggesa beliau agar menghentikan sidang media tersebut.

Bagaimanapun satu salinan laporan polis dibuat Rahimi kira-kira 3.03 petang tadi diperoleh oleh The Malaysian Insider.


Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.

“Saya dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 mengenai Anwar dan Saiful. “Deklarasi itu tidak benar kerana bukan saya yang menulis.

“Saya dipaksa untuk menandatangani, kerana saya bimbang dengan keselamatan saya... ketika itu ada beratus penyokong Anwar dan orang-orang kanannya di sekitar Quality Hotel,” kata Rahimi.

Malah menurut pembantu itu beliau juga dipaksa tinggal di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menandatangani akuan bersumpah.


FT - pelik bin ajaib. Kalau dekat pilihanraya saja mesti ada watak baru yang muncul.. Di Sabah nanti.. pasti kejadian pelik sebegini akan berlaku juga.. Sama-sama kita nantikan..

Aramai tie!!!!!!!!!

Wednesday, October 6, 2010

Judi Oh Judi

Ke mana perginya sumber "wang ehsan judi" ini disalurkan??
Bukankah semua wang ini haram?? Mengapa tidak dikembalikan??
Tahukah orang-orang kampung yang miskin itu bahawa segala bantuan yang mereka terima selama ini termasuk dari sumber judi??
















sumber: http://batuvskayu.blogspot.com/2010/10/fakta-dana-judi-malaysia.html



Sabah juga antara negeri yang kaya dengan sumber judi... harap orang kampung yang miskin di Sabah tidak diperbodohkan dan diperbangangkan seperti yang berlaku di Pulau Pinang.



















FT - jarang membeli nombor ekor.. bukan tak mahu berjudi tapi tak pernah kena!!
kah kah kah!!


Rokok Oh Rokok (Part 2)

Ini orang Filipin yang jual rokok seludup di Sabah!!











Syarikat Rokok Kecewa, Kenaikan 16% Eksais (malaysiakini)

Bukan sahaja perokok, syarikat pengeluar rokok terbesar di Malaysia turut menyatakan kekecewaan mereka terhadap kenaikan harga rokok semalam. Menurut British American Tobacco (BAT) - pengeluar rokok Dunhill - kenaikan 3 sen sebatang atau sebanyak 16 peratus itu merupakan sesuatu yang tinggi dan mengejutkan.

Pengarah Urusan BAT Malaysia William Toh berkata, pihaknya kecewa kerana peningkatan eksais itu menyebabkan penyeludupan rokok yang sudah sedia ada akan bermaharajalela dalam pasaran. "Lebih besar perbezaan harga antara rokok sah dan seludup, lebih besarlah minat terhadap rokok seludup," katanya sambil mendakwa telah menegaskan perkara itu banyak kali sebelum ini.

Semalam, kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober. Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan. Dalam satu kenyataan hari ini, William juga berkata, penyeludupan rokok sekarang sudah membimbangkan apabila Malaysia berada di atas dalam senarai pada 2009.


FT - Jualan rokok haram adalah sumber pendapatan utama PTI di Sabah..
Mungkin ini juga salah satu cara kerajaan untuk "membantu" golongan yang hidup susah dan merempat di negeri ini..

Namun bagi warga Sabah, kehadiran mereka yang sangat ramai sudah menjadi ancaman..
Mereka merompak, kencing dan meludah sesuka hati..

Kenapa tidak ditangkap?? Isk.. mereka juga merupakan "sumber pendapatan" golongan tertentu di Sabah.. tanpa mereka tiadalah "duit tambahan" diperolehi..

FT - Bosan melihat karenah pihak berkuasa yang membiarkan penjualan rokok seludup oleh PTI ini.. bila agaknya KARAM SINGH WALIA datang ke Sabah dan membuat siaran tentang masalah ini??

Tuesday, October 5, 2010

Wartawan Menyamar Kurang Ajar??

Ini kah wartawan itu??
Jika beliau kurang ajar kerana menyamar dan menceroboh, sama juga la dengan kes wartawan majalah yang menyamar kristian dan menceroboh gereja beberapa bulan yang lepas.

















Puteri UMNO: Wartawan Menyamar Kurang Ajar!
(mkini)

Pergerakan Puteri Umno, membuat laporan polis berhubung tulisan yang didakwa berbentuk manipulasi oleh Malaysian Insider, lapor Umno Online.

Menurut ketua penerangannya, Nordiana Shafie, apa yang dinyatakan oleh wartawan portal berita itu, Boo Su-Lyn dalam tulisannya hanya petikan sebahagian daripada ucapan yang disampaikan oleh timbalan pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin “Wartawan tersebut sengaja memanipulasikannya untuk membangkitkan kononnya Umno adalah parti perkauman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi exconya Seriwani Sabtu membuat laporan polis berhubung hal terbabit di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam. “Mereka tidak beretika, tidak tahu menghormati majlis yang diadakan, dan melakukan sesuatu yang tidak wajar sebagai seorang wartawan,” jelasnya. Dakwa Nordiana, sesi ceramah yang diadakan adalah tertutup dan pengumuman telah pun dilakukan bagi meminta pihak media keluar dari dalam dewan semasa program dialog bersama negarawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin lalu. Kurang ajar

“Kita buat laporan polis kerana kita menafikan dakwaan yang ditulis oleh wartawan tersebut malahan semua ahli-ahli pergerakan Puteri yang hadir dalam majlis tersebut bersedia untuk menjadi saksi,” tegasnya.

Dakwa Nordiana lagi, semasa majlis tersebut, wartawan berkenaan telah berlegar-legar di sekitar dewan tetapi telah diminta keluar oleh urus setia apabila menyedari kelibat beliau. “Lebih teruk lagi, penghinaan dilakukan apabila Boo turut menyamar dengan memakai tudung dan menyelinap masuk ke dalam majlis. Bukankah itu satu perbuatan yang kurang ajar,” katanya. Program sehari yang yang berlangsung Isnin lalu dihadiri 1,200 ahli pergerakan itu turut melibatkan sesi ceramah tertutup yang disampaikan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi dan dialog bersama mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Si sepet, si kaki botol Mengikut portal berita itu, Hamim didakwa menghina dengan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Pegawai kanan BTN itu juga dilaporkan oleh Boo sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

Ini bukan kali pertama kes wartawan menyambar menimbulkan kemarahan orang ramai. Pada 8 Julai tahun lalu, dua wartawan majalah Al-Islam daripada Kumpulan Utusan Melayu yang dimiliki Umno, menyamar sebagai penganut Katholik bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam.

Wartawan itu mengikuti upacara Kristian di dua gereja di Kuala Lumpur – termasuk memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar – dianggap menghina Katholik dan menimbulkan provokasi. Namun, tiada pemimpin Umno ataupun Puteri yang tampil membidas tindakan berkenaan.



FT - malas nak komen panjang. Tuduhan ini umpama "meludah ke langit jatuh ke muka sendiri"



Monday, October 4, 2010

Beruk Oh Beruk

Ini bukan beruk.. ini orang utan.. mereka ketawa bila terdengar cerita ada beruk buat demo di Penang Airport semalam..
















Ini lah "beruk-beruk" yang dimaksudkan itu.. berita ini ada disiar di TV3.. namun tiada langsung di astro awani.. mungkin kerana ini bukan berita penting bagi mereka!















Cuba lihat gambar lelaki di kanan sekali.. ada rupa 'pemuda harapan bangsa' tak? Lihat pula polis yang ada di situ.. kalaulah pihak pembangkang yang buat demo ketika ketibaan Ketua Menteri BN.. sudah pasti mereka akan ditangkap dan dipenjarakan!!
















Bernama melaporkan pada malam 2 Oktober 2010 kepulangan Ketua Menteri Lim Guan Eng dari Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas malam tadi disambut dengan tunjuk perasaan oleh kira-kira 100 orang belia, sebagai membantah pemberian wang ihsan kepada warga emas di negeri itu yang dikatakan dari hasil judi.


Kumpulan berkenaan menggelarkan diri mereka sebagai Pemuda Pulau Pinang.

Mereka membawa kain rentang dan poster sambil melaungkan “Guan Eng Penipu”.

Sebelum ini dilaporkan para penerima wang bantuan tersebut telah bertindak memulangkan semula wang berkenaan.

Lim difahamkan membuat lawatan kerja ke Adelaide, Australia bermula 27 September lalu dan pulang ke Pulau Pinang menerusi Lapangan Terbang Changi, Singapura. — Bernama


FT - malas nak komen panjang.. komen sudah dinyatakan melalui gambar di atas.. hehe..