Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Wednesday, October 13, 2010

Mayat Jururawat Hilang Akhirnya Ditemui



Mayat seorang wanita separuh bogel, dipercayai jururawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas, dijumpai dihumban ke dalam sebuah longkang pada Selasa.

Mayat itu sudah mula menjadi busuk ketika dijumpai oleh beberapa penduduk Taman Kingfisher kira-kira 11 pagi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah SAC Tan Kok Liang berkata siasatan awal menunjukkan mangsa mengalami kecederaan di kepala.Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mayat itu adalah jururawat dari Kudat yang sebelum ini dilaporkan hilang.

"(Bagaimanapun) masih terlalu awal untuk menentukan sebab kematian," katanya sambil menambah bedah siasat akan dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

Sabtu lepas, jururawat Annie John Dismas, 39, dilaporkan hilang selepas dia berbual menerusi telefon dengan tunangnya kira-kira 3 petang.

Dia dilaporkan memberitahu tunangnya yang dia akan pergi ke Universiti Terbuka Malaysia untuk menghadiri kursus, dan kemudiannya ke QEH untuk melawat neneknya.

Annie tidak pulang ke rumah malam itu.Keesokan harinya, kereta Perodua Kancil milik Annie ditemui kira-kira 2 pagi di Lorong Dewan, berhampiran Hotel Garden di pusat bandar raya.

Bapa mangsa, John Dismas berkata Annie dan tunangnya tiba ke bandar raya ini pada 30 Sept, dari Kudat, tempat dia bekerja.

(sumber; Bernama)


FT - Sedih dan kasihan mendengar tragedi ini..
Di dunia ini ada banyak orang baik tetapi banyak juga orang jahat..
Hanya satu pesan untuk semua.. berhati-hati selalu..
Semoga Tuhan melindungi kita.. Semoga Tuhan memberkati roh mendiang..

1 comment:

  1. ya,semoga yang melakukan perkara kejam ini akan menerima hukuman dari tuhan berganda-ganda dengan apa yang dilakukannya.saya mahu matanya hidup menyaksikan tubuhnya yang diseksa merasakan kesakitan sebab dia tidak layak menjadi manusia maupun binatang.klau boleh dagingnya disiat-siat dijadikan makanan anjing.

    ReplyDelete