Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Monday, October 4, 2010

Rokok Oh Rokok

Harga Rokok Naik Lagi..
Harga rokok telah meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok.

Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.

Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen.

Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14.

Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun sebanyak 10 peratus.

FT - walaupun kerajaan menaikkan harga rokok... bilangan perokok akan sentiasa meningkat.. jadi adalah tidak benar untuk mengatakan jualan rokok akan menurun..

kenapa kerajaan menaikkan harga rokok?? Gaya hidup sihat?? Salah.. kerajaan mahu kutip lebih hasil daripada cukai rokok.. Bila dah ada duit boleh la bagi kepada orang miskin.. Bila bagi kepada orang miskin.. mereka tentu bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada kerajaan..

kah kah kah!

pstt.. cukai rokok, cukai arak, cukai babi dan cukai hotel untuk maksiat boleh.. asalkan bukan cukai lumba kuda..

kah kah kah!

2 comments:

  1. TF cadangkan supaya harga rokok dinaikkan kepada rm20.
    Jgn risau, tiada siapa yang akan buat permohonan di parlimen supaya harga rokok diturunkan.
    Hasil rokok ni kita bagi bonus untuk semua rakyat malaysia.

    p/s tapi di kk banyak rokok seludup.

    ReplyDelete
  2. "cukai rokok, cukai arak, cukai babi dan cukai hotel untuk maksiat boleh.. asalkan bukan cukai lumba kuda.."
    hahahaa.. memang kelakar betul org2 sekarang ni FT. macam-macam cara mau tarik perhatian. apa la malang dorang ni..

    ReplyDelete