Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Thursday, October 7, 2010

Macam-Macam Cara Nak Cari Duit

Ups.. sorry.. ini salah watak!!














Haa.. ini betul. Ini watak lama yang semakin dilupakan..












Hari ini.. muncul watak baru. Lebih hensem.. lebih cool..














Kes Liwat II: Bekas Pembantu Anwar Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan Bersumpah
(mkini)

Seorang bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman hari ini, dalam perkembangan mengejutkan, mendakwa beliau telah dipaksa mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dalam kes liwat kedua dihadapi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu dengan menandatangani dua akuan bersumpah.

Rahimi berkata beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008 yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.

Sekumpulan ahli PKR menyerbu lokasi sidang media itu sebelum Rahimi bertemu pemberita dengan menggesa beliau agar menghentikan sidang media tersebut.

Bagaimanapun satu salinan laporan polis dibuat Rahimi kira-kira 3.03 petang tadi diperoleh oleh The Malaysian Insider.


Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.

“Saya dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 mengenai Anwar dan Saiful. “Deklarasi itu tidak benar kerana bukan saya yang menulis.

“Saya dipaksa untuk menandatangani, kerana saya bimbang dengan keselamatan saya... ketika itu ada beratus penyokong Anwar dan orang-orang kanannya di sekitar Quality Hotel,” kata Rahimi.

Malah menurut pembantu itu beliau juga dipaksa tinggal di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menandatangani akuan bersumpah.


FT - pelik bin ajaib. Kalau dekat pilihanraya saja mesti ada watak baru yang muncul.. Di Sabah nanti.. pasti kejadian pelik sebegini akan berlaku juga.. Sama-sama kita nantikan..

Aramai tie!!!!!!!!!

2 comments:

  1. Ada-ada sija ni bn-amino ni tau. Saya tak hairan kalau tiba-tiba ada watak baru di Sabah yg langsung tak terfikir oleh rakyat Sabah akan berlaku. Mcm2 boleh jadi bah skrg. Maklumlah mau dekat PRU13 sudah

    ReplyDelete
  2. TF pun hairan. asal ada saja prk mesti ada beruk-beruk yg mengaku kena paksa.

    kalau kamu siasat blog mamat beruk tu, yg kena link semuanya pro bn.

    ReplyDelete