Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Wednesday, October 27, 2010

Rasuah oh Rasuah

azlan


Malaysia 'tersangkut' di tangga ke-56 indeks rasuah (mkini)


Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Tempat teratas dikongsi oleh tiga negara - Singapura, New Zealand dan Denmark daripada 178 negara yang dikaji.

Menurut TI Malaysia, meskipun laporan yang dikeluarkan petang tadi, menunjukkan negara menuju ke arah yang betul, namun masalah timbul ketika pelaksanaannya.

Presidennya, Paul Low berkata kejatuhan dalam markah itu “secara statistik tidak signifikan”.

Beliau berkata kegagalan menangani rasuah akan mengagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi memandangkan pertalian terus antara rasuah dan pendapatan per kapita.

Menurut setiausaha agung TI Malaysia, Ngooi Chu-Ing, antara yang paling ketara adalah persepsi umum bahawa kerajaan kurang azam politik untuk menangani rasuah.

"Kita boleh lihat sebagai contoh, terdapat kebimbangan di kalangan umu bahawa tiada "ikan besar" yang didakwa dan juga kemajuan yang lembab dalam mengenalpasti serta mendakwa individu yang terbabit dalam skandal PKFZ (Port Klang Free Trade Zone).

"Begitu juga dengan keputusan "tiada sebarang tindakan"" (NFA) oleh peguam negara terhadap individu-individu yang didakwa mempengaruhi pelantikan hakim dalam badan kehakiman dan amalan berterusan memberikan kontrak projek-projek Mega secara tidak telus," katanya.

"Pada masa kini, menteri kabinet mengistiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri namun butir-butir pengisytiharan harta mereka tidak pernah diumumkan kepada awam...kami juga menggesa ditegakkan kebebasan maklumat melalui pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Penerbitan dan Percetakan," katanya.


FT - jika tiada rasuah.. maka tiadalah "wang tambahan" diperolehi..
jika tiada wang tambahan.. maka tiadalah kereta 10 biji dan rumah banglo 10 juta..

Pernah terdengar berita yang disiarkan di radio..
ketika itu Senator Jins Shamsudin (pengarah filem) bertanya kepada Parlimen bolehkan rasuah sifar dicapai di Malaysia?
Kemudian ahli yang lain menjawab "kalau realitinya.. menghapuskan rasuah ke peringkat sifar tidak mungkin dapat dicapai.. kalau dalam filem tu boleh la datuk" ucapannya disusuli oleh gelak dan tawa daripada ahli yang lain..

Bagi mereka yang bersidang di Parlimen yakni Dewan Rakyat dan Dewan Negara..
hal tersebut mungkin melucukan sehingga mereka tertawa dengan cadangan Senator itu..
namun bagi rakyat macam kita yang hidup serba kekurangan..
hal ini ternyata amat mengecewakan dan memalukan negara..

Renung-renungkan......



No comments:

Post a Comment