Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Monday, August 23, 2010

Katak Suruh Orang Cina Balik.

Ini Gambar Ibrahim Ali













Ini Gambar Katak











Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai pihak yang menggesa agar mereka yang menyentuh soal kepentingan Bumiputera dan kontrak sosial supaya balik ke negara asal mereka.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi ini, Ibrahim berkata "siapa yang tidak menghormati kontrak sosial iaitu Perkara 153 boleh keluar Malaysia, balik negara asal nenek moyang."

Pendirian Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dikeluarkan ekoran kenyataan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semalam.

Koh berkata, rakyat perlu berhenti daripada terlalu memikirkan isu perkauman termasuk mengenai kuota serta ekuiti Bumiputera dan berhenti daripada bergaduh berhubung perkara itu.

Koh berkata beliau menasihatkan Ibrahim agar lebih memberi tumpuan tentang bagaimana memperkasakan pengetahuan, pengalaman dan daya saing di kalangan Bumiputera daripada melukakan perasaan kaum lain dengan "berkata itu dan ini."

"Komen saya terhadap Koh Tsu Koon yang tegur saya, suruh ambil tindakan positif memperbaiki nasib Bumiputera bukan dengan hanya bercakap dan melukai hati kaum lain.

"Tapi kaum lain tak luka hati kaum Bumiputera ke? Isunya, sebagai Menteri Perpaduan, kenapa dia tak tegur Cina, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan dia dan ICU kena bertanggungjawab membuat Melayu Pulau Pinang merempat," katanya.

Ibrahim berkata Koh perlu menyatakan pendiriannya dalam soal ekuiti 30 peratus sedangkan Bumiputera 67 peratus.

"Nyatakan pendirian. Koh juga adalah dalam satu kumpulan anti-Melayu secara halus," katanya lagi.

(Malaysia insider)


FT - kah kah kah
aku berani bertaruh.. "katak" seekor ini akan kalah dalam PRU13 nanti..
sebab siang tadi aku ada berjumpa dengan seorang kawan dari kelate..
dia kata nyawa "katak" ini akan berakhir pada hari pengundian nanti..
kita tunggu dan lihat!!!

1 comment:

  1. oh. aku mahu report ini article ba.
    mati suda nnt kau. hahahaha

    ReplyDelete