Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Thursday, August 26, 2010

Mana Bonus Untuk Sabahan?

Ini Kayu Balak Dari Sabah..














Ini "Kayu Balak" dari Pulau Pinang.














Ini Minyak Dari Sabah.















Ini Minyak Dari Selangor.















Kakitangan kerajaan negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan depan.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas itu akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) ke atas.

Sehubungan dengan pengumuman itu, 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat. Ia membabitkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

“Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Sebelum kerajaan Pakatan di
Pulau Pinang mengumumkan pemberian wang raya sebanyak RM400 kepada kakitangan kerajaan negeri sempena Hari Raya Aidifitri.

Semalam, kerajaan pusat pula mengumumkan pemberian wang raya RM500 kepada kakitangan awam gred 1 hingga 54.


FT - Pulau Pinang yang tiada hasil balak sudah bagi bonus untuk rakyatnya..

Selangor yang tiada hasil minyak pun sudah bagi bonus untuk rakyatnya..

Sabah mempunyai hasil minyak dan balak yang sangat banyak..

Namun sampai ke hari ini bonus hari raya untuk warga Sabah masih belum diumumkan..

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment