Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Sunday, August 29, 2010

BN Sabah Ada Masalah Ke??

LDP Berpakat Jatuhkan Musa: Salleh

Kota Kinabalu, 28 Ogos - Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa ada pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP) bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menjatuhkan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.


Beliau berkata, pihak berkenaan juga merancang untuk meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Musa selaku pengerusi BN Sabah. "Kami percaya ada dalang di sebalik semua ini dan kami tahu apa yang mereka lakukan, tetapi kami BN Sabah tidak akan membiarkan mereka merealisasikan agenda mereka yang melakukan serangan peribadi ke atas Datuk Seri Musa,” katanya dalam satu kenyataan, di Kota Kinabalu hari ini.

Salleh yang juga bekas ketua menteri mempersoalkan rasional di sebalik kenyataan timbalan presiden LDP, Datuk Chin Su Phin pada Selasa lalu, dan mendakwa ia adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkan Musa.

Dalam kenyataannya pada Selasa, Su Phin dilapor berkata, LDP tidak lagi dapat bekerja dengan Musa, tetapi akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno serta menyatakan sokongan penuh kepada perdana menteri dan gagasan 1Malaysia.


FT - agak menghairankan.. sewaktu PRU ke-12 dulu.. Salleh digugurkan daripada bertanding kerusi oleh Musa atas sebab-sebab tertentu.. cakap-cakap politik mengatakan mereka tak berapa 'ngam'. Kini Salleh pula cuba mempertahankan Musa..

Apapun.. inilah yang dinamakan POLITIK!! kah kah kah!!

No comments:

Post a Comment