Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Wednesday, August 25, 2010

Hina Malaysia, Pemuda Malaysia Bertindak Balas!

Wow! "Beraninya" Mereka..


Pemuda Umno akan 'bertindak balas' terhadap kebiadapan penunjuk perasaan Indonesia yang menghina Malaysia, antaranya dengan dengan membaling najis kepada bendera Jalur Gemilang.

Bagaimanapun, berbanding aksi liar oleh penunjuk perasaan Indonesia di kedutaan Malaysia di Jakarta semalam, pergerakan itu hanya akan menghantar memorandum tanda tidak puas hati.

Ahmad Zaki yang juga pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda Umno berkata dalam memorandum itu, mereka menuntut lima perkara, antaranya menggesa Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam perbuatan biadap itu.

Sebelum itu ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pagi tadi mengarahkan Biro Antarabangsa Pemuda Umno untuk menghantar satu Memo Bantahan kepada Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur bagi menyampaikan mesej protes dan bantahan mereka.

"Di samping itu, saya telah mengarahkan Biro Antarabangsa Pemuda Umno untuk menghantar satu Memo Bantahan kepada Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur bagi menyampaikan mesej protes dan bantahan kami kepada kerajaan Indonesia berhubung kejadian ini," kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Dalam demonstrasi semalam, selain menghina bendera Malaysia, kumpulan itu turut melemparkan najis kepada bangunan kedutaan Malaysia.
(Bernama)

FT - agak melucukan.. tajuk saja yang lebih-lebih tapi tindakan... alahai..
kalau setakat nak hantar memo.. tak payah masuk berita, tak payah panggil wartawan..
ramalan aku ialah.. kejadian serupa pasti berulang lagi kerana mereka tahu Malaysia tidak berani melakukan perkara sedemikian..

Hakikatnya.. orang-orang Malaysia terutama bukan Melayu tidak begitu berminat atau sensitif tentang bendera Malaysia..
Lihat saja kenderaan di jalan raya.. kempen memasang bendera di kenderaan semasa bulan merdeka ternyata gagal..

Bagi warga Sabah.. 31 Ogos bukan hari bermakna..
bagi warga Sabah.. 16 September ialah hari yang sepatutnya diraikan sejak 40 tahun dulu lagi..

No comments:

Post a Comment