Namun ada cerita istimewa disebalik bendera Malaysia yang kita guna sekarang ini. Menurut kajian oleh sesetengah pihak bendera asal Nusantara (sekitar Malaysia) adalah berwarna merah dan putih. Merah bermaksud darah dan putih bermaksud suci. Bendera merah putih ini dikatakan wujud sejak zaman Kerajaan Langkasuka dan Srivijaya dahulukala.
Kini, sesetengah negara di Nusantara masih menggunakan warna asal bendera ini. Antaranya..
Bendera Indonesia.
Bendera Singapura.
Bendera Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diasaskan oleh Dato Onn Jaafar juga memilih warna yang sama.
Ada pihak mencadangkan Bendera Malaysia sepatutnya asli iaitu berasal dari Nusantara, bukannya diciplak dari negara asing seperti Amerika Syarikat!
Mereka mencadangkan bendera Malaysia sepatutnya begini;

Apa pun.. sejarah telah tercipta. Sama ada sejarah itu benar atau tidak ia haruslah melalui kajian yang mendalam. Manusia dulu telah mencipta sejarah. Manusia hari ini ada yang menerima bulat-bulat tetapi ada juga yang mahu membetulkan sejarah lepas!
...kita harus menghormati bendera kita sekarang selagi ia terus berkibar. Jika suatu hari nanti kerajaan memutuskan untuk menggantikan bendera yang sekarang kepada satu bendera yang baru.. ia bukan mustahil.
Malah bendera Sabah yang kita gunakan sekarang merupakan bendera baru yang yang dicipta semula semasa Kerajaan PBS memerintah Sabah dulu. Ia berbeza dengan bendera lama sebelumnya.
nota: perkataan bendera berasal dari bahasa Portugis.
No comments:
Post a Comment