Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Monday, December 27, 2010

PTPTN oh PTPTN


Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.

Belum pun mendapat kerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya dengan PTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.

Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran dan kos rawatan kesihatan.

Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat untuk mendapatkan biasiswa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.

Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.

Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,tidak ada duit.

Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sarjana muda tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan pelajaran keperingkat sarjana tidak juga dapat perhatian.

Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.

Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM500 juta ditawarkan dengan harga RM1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.

Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. Tetapi disini semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.

Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi.

Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.

Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.

Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak mereka.

sumber di sini

FT - risau melihat anak-anak muda zaman ini
terkapai-kapai nak melanjutkan pelajaran
namun mewah dengan duit PTPTN
boleh beli handphone baru, boleh beli komputer baru

Lebih melucukan bila berita keluar di TV
"penerima cek boleh pulangkankan duit PTPTN jika tak berminat"
rupanya.. ada yang langsung tak mengisi borang namun diberikan cek

pelik tapi benar... sedih tapi itulah kenyataan!

6 comments:

  1. Itulah, dulu waktu mula2 diperkenal PTPTN tahun 1999/2000, semua orang layak untuk memohon. Nasib baiklah TF tak memohon, kalau tidak jadilah penghutang tegar.

    Pemimpin mati meninggalkan nama,

    mahasiswa mati meninggalkan HUTANG

    ReplyDelete
  2. patut mula dari sekolah menengah.

    ReplyDelete
  3. haha.. nasib baik "aku" seorang yang berpandangan jauh... tapi kalau terlalu jauh mcm "NX" ni.. susah la pulak..

    kah kah kah!

    ReplyDelete
  4. Kita tahu, student Univ perlu ambik 4 tahun kursus, berbanding 3 tahun dulu dulu. Alasan dia, student belum sempat matang kalau belajar cuma 3 tahun. Itu betul, tapi sebabkan ini student kena gandakan debt PTPTN dia. Kalau dulu, fresh graduate ada debt RM30k, sekarang fresh grad kursus sama kena tanggung debt RM40k. Makin besar debt student, semata mata kementerian cakap mereka tidak cukup matang utk habiskan pengajian dlm tempoh 3 tahun.

    ReplyDelete
  5. Jadi, kita kena atasi masalah 'kurang matang stdent univ' ni. Apa solution dia?

    Solution dia, pendidikan di peringkat sek men perlu diberi tumpuan, bukan diabaikan mcm sekarang. MOE perlu bina satu silibus yang betul betul berguna, bukan silibus crap. Tumpukan pada subjek pembangunan kemahiran, mcm KHB, sains. Beri tumpuan pada praktikal, bukan teori saja. Biar mereka belajar dari pengalaman. Sediakan pelajar sek men agar cukup matang, sblm layak ke Univ.

    Mcm mana mo hidup kalu x berhutang geng. Tapi kita masih lgi boleh kurangkan debt, salah satu dgn cara ne laa. Kurangkan debt PTPTN dri RM40k ke RM30k. Kalu dpt kurangkan tempoh tu lagi bagus. Jadi dua tahun ja ka. time saya kat Thailand geng diorang cuma ambik 2 tahun ja utk tamat degree.


    TQ
    Naisophon @ asrul amanda (dulu sa aktif SF :)

    ReplyDelete
  6. wow... pendapat yang bernas dari Nasisophon..
    ooh.. kawan dari SF rupanya.. patutlah datang berkunjung..

    memang benar.. PTPTN ada baik dan ada buruknya.. diharapkan para pelajar pandai menggunakan sumber wang itu sebaiknya..

    thanks to Naisophon!

    ReplyDelete