Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Wednesday, September 1, 2010

Balak oh Balak..

Ini Lori Sedang Angkut Batang Mancis..















Ini Gambar Kayu Balak Yang Dirampas!













Ini Pegawai SPMR Yang Menemui Kayu Balak Itu!!












SPRM BONGKAR PEMBALAKAN, PERLOMBONGAN HARAM DI TERSANG berita hairan

RAUB : Serbuan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap aktiviti pembalakan haram di Hutan Simpan Tersang di sini hari ini turut menemukan mereka dengan kegiatan perlombongan emas haram di hutan simpan yang sama.

Operasi yang disertai oleh 10 pegawai penguatkuasa dari Putrajaya itu mula memasuki hutan simpan tersebut seawal jam 8 pagi selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan mengenai aktiviti haram berkenaan.

Kegiatan pembalakan haram itu dipercayai bermula sejak empat tahun lalu dan kawasan yang telah diceroboh adalah seluas 30 peratus dan di bawah pengetahuan agensi penguatkuasa terutamanya Jabatan Perhutanan.

FT - hairan bin ajaib..

1. Kerja jahat 2 dalam 1 dilakukan ditempat yang sama.. pembalakan dan perlombongan haram!
2. Serbuan dilakukan selepas menerima aduan penduduk tempatan! Agaknya dah berapa ratus aduan yang dibuat sebelum tindakan diambil??
3. Serbuan dilakukan seawal jam 8 pagi?? Apasal lewat.. lambat bangun tidur ka? Mesti berpuluh lori yang sudah bertolak seawal jam 5 pagi!
4. Kegiatan bermula sejak 4 tahun lepas!? oH sHIT!! Apa pegawai penguatkuasa buat selama 4 tahun yang lepas!!! Mereka makan gaji buta kah??

FT - ini kes di Pahang. Di Sabah pastinya ada.. namun tindakan pihak terbabit masih lembab. Kerap kali terbaca dalam akhbar lori balak ditangkap semasa road block, namun apa tindakan susulan?? Tiada!!

FT - kesimpulannya ialah, pasti ada "orang dalam" yang terlibat dengan perkara ini. Ini lah RASUAH namanya! Persoalannya.. sampai bila kerja haram ini akan dihentikan?? Ia tidak akan berhenti selagi........... fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment