Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Wednesday, September 1, 2010

Politik Sabah.. Keluar Masuk Ikut Suka Hati

Ini Gambar Semasa Keluar BN (LDP)

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar dari parti Parti Liberal Demokratik (LDP) dan meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk sebagai naib presiden berkuat kuasa serta-merta.

Menurut ADUN Karamunting itu, keputusan sukar berkenaan terpaksa dibuat berikutan tindakan LDP untuk menolak sebarang kerjasama dengan pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

“Saya faham keputusan ini akan mempengaruhi kedudukan di dalam kerajaan dan dengan ini, saya menawarkan untuk meletak jawatan daripada jawatan sedia ada dan berjanji untuk meneruskan khidmat di bawah kerajaan BN pimpinan Musa,” katanya.

Pang yang kelihatan sedih pada sidang akhbar itu, berkata beliau telah memaklumkan terlebih dahulu kepada Liew tentang keputusannya itu dan telah menjelaskan kepada Presiden LDP itu mengenai sebab beliau meninggalkan parti itu.

Sejak kebelakangan, timbul khabar angin parti komponen itu akan meninggalkan BN. Ia berikutan pergeseran antara Musa dengan beberapa pemimpin LDP.

Sebelum ini, timbalan presiden LDP, Chin Su Phin dilaporkan berkata parti itu tidak lagi boleh bekerjasama dengan Musa tetapi tetap setia kepada BN.


Ini Gambar Semasa Masuk BN (Gerakan)

Sertai Gerakan.

"Sebagai pemimpin BN, kita seharusnya hadir ke mesyuarat dengan niat yang baik dan dengan tujuan untuk mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan individu," katanya kepada pemberita.


Di Putrajaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tindakan Pang keluar parti itu adalah bagi menyertai Parti Gerakan.

Beliau berkata Pang bertindak keluar daripada LDP bukan untuk menentang Barisan Nasional tetapi beliau masih menjadi "keluarga BN".

"Saya sedang bincang perkara ini dengan Presiden LDP (Datuk Liew Vui Keong) dan juga dengan (Ketua Menteri) Datuk Seri Musa Aman," katanya kepada pemberita selepas menerima kad Hari Kemerdekaan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan Liew berkata beliau telah menjangka naib presidennya Pang akan meninggalkan parti itu dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam hala tuju barunya.

"Walaupun saya amat mengharapkan beliau kekal bersama parti, nampaknya beliau mempunyai rancangan tersendiri yang tidak sehaluan dengan kami," katanya ketika diminta mengulas pengumuman Pang hari ini untuk keluar daripada LDP kerana tidak bersetuju dengan pendirian parti itu yang menentang kepimpinan Musa.

Liew, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau telah menjelaskan kepada perdana menteri mengenai beberapa isu yang dihadapi oleh parti itu dan oleh
penduduk Sabah.

"Perdana Menteri berjanji akan mengkaji perkara ini," katanya.

Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow pula berkata parti itu belum menerima sebarang permohonan daripada Pang untuk menyertai parti itu manakala pengerusi Gerakan Sabah, Gordon Leong, berkata beliau gembira Pang, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, masih bersama BN.


FT - ini istimewanya politik Sabah.. boleh keluar BN dan masuk balik BN dalam masa beberapa minit atau beberapa hari atau beberapa minggu atau beberapa tahun kemudian!!

Agak pelik kerana kes sebegini tidak berlaku di Semenanjung Malaysia.

Apa pun, FT mengucapkan selamat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kepada YB sekalian.

kah kah kah!

No comments:

Post a Comment