Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Thursday, September 2, 2010

Isu Bukan Islam dan Masjid

Di Luar Negara, Orang Bukan Islam Boleh Memasuki Masjid..

Isu Bermula Dengan Kisah YB Teo dari DAP Memasuki Surau di Selangor, ketika memberikan sumbangan sempena Hari Raya.















Keesokkan harinya, muka depan akhbar Utusan Melayu memaparkan tajuk "Sultan Murka" akibat kejadian tersebut. Ini ditambah lagi dengan komen-komen panas daripada YB dan Menteri dalam akhbar dan TV.

Setelah seminggu berlalu, internet kemudian melaporkan bahawa ia bukanlah isu yang perlu dihebohkan kerana di luar negara, orang Islam membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid.

Berikut ialah bukti bergambar tentang perkembangan dakwah terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam di luar negara.



1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang memberi banyak manfaat dakwah.

Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam.




2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.








3. May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.







4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.





5. Ratu England mengenakan tudung kepala. Ratu Norway menanggalkan mahkotanya dan mengenakan tudung ketika melawat ke salah sebuah masjid di Turki.












6. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat.














Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab.

Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat!!!!




Jika mengikut media Malaysia pula, pastilah Mufti Besar Turki SS Mustafa Cagrici dan lain-lain ulama Turki ini dituduh sesat kerana membawa dan mengajak Pope Benedict XVI ketika beliau menunaikan sembahyang bersama, di Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) di Istanbul pada November 2006.




Dan juga Imam Besar Masjid Raja Hussein Bin Talal, Jordan kerana menegah Pope dari menanggalkan kasutnya ketika masuk ke ruang solat masjid (karpet berjalan disediakan).








Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang.

Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya memberi tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari
tempat suci Islam.

Sudah sampai masanya JAKIM mengeluarkan panduan untuk orang bukan Islam beramah mesra dengan umat Islam dalam masjid dengan Semangat 1Malaysia, 1Bapa iaitu Nabi Adam as.


Renung-renungkan.. (FT)
)

3 comments:

  1. pendapat saya...ini ada contoh sikap keterbukaan yang patut dicontohi oleh semua manusia terhadap manusia. Kita tidak akan rugi apa2, bahkan menjamin kesejahteraan hidup umat manusia...

    ReplyDelete
  2. YB teo x brtudung msuk msjid?
    Ratu Englang pn tahu brtudung mnghormati msjid.
    :)

    ReplyDelete