Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Friday, September 3, 2010

Rosnah Tak Layan Cabaran Namewee.


Ini Budak yang Berani.













Ini Besi Yang Berani.
















Ini Yang Berani (YB) yang Tak Berani.
















Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, tidak akan melayan sebarang cabaran Wee Meng Chee atau Namewee untuk berdebat secara terbuka mengenai klip video kontroversinya yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Katanya, tindakan Namewee menerbitkan klip video terbarunya itu selepas klip video "Negarakuku" sebelum ini menunjukkan pemuda itu masih belum berubah dengan melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Rosnah berkata, Puteri Umno telah mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pemuda berusia 27 tahun dari Muar, Johor, itu kerana mengulangi perbuatan biadabnya.

Klip video terbaru Namewee mengisahkan seorang pengetua sekolah didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Sebarang cabaran dari blogger itu (Namewee) tidak harus dilayan kerana ia jelas telah melakukan kesalahan sebagai rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis Jelajah Tamadan Puteri Umno di Besut (Malaysiakini)

FT - pendapat saya, YB itu tidak mahu menyahut cabaran kerana mungkin berpendapat budak hingusan ini tidak layak berdebat dengan beliau.
Maklumlah.. beliau YB (Yang Berhormat).. budak rappers cina tu mana ada class!!!!

kah kah kah!

1 comment:

  1. xde kerja lain ke bdk cina rappers tu?
    huhu.. ptutla jd rappers. ;p kah kah
    cari duit tingkatkn diri lg bgus dari nk main cabar2 pulak. nak publisiti kah? ;p

    ReplyDelete