Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Monday, September 13, 2010

Bersedia Untuk Terkejut..!!

Ini Gambar Ibrahim Sedang Terkezut.












Ini Gambar Ibrahim Sedang Membuat Kezutan!!












Pilihanraya; Saya Akan Buat Kejutan, Kata Ibrahim Ali (malaysiakini)

Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata beliau akan membuat kejutan dalam pilihan raya umum kelak sama ada bersedia bertanding mempertahankan kerusi yang disandang atau sebaliknya.
Mendakwa mempunyai strategi tertentu, Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai masalah jika PAS atau Umno tidak membenarkannya bertanding mewakili parti berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Mungkin saya boleh adakan kerjasama dengan parti lain seperti bertanding dulu ataupun tubuh parti baru. "Saya tahu baik PAS atau Umno mungkin tidak menerima saya dan ada juga parti lain yang menjauhkan diri kerana saya dalam Perkasa dan apa pun tunggulah kejutan nanti," katanya di rumah terbuka beliau yang diadakan di perkarangan Stesen Keretapi Psir Mas hari ini.

Semalam Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron menegaskan PAS Kelantan tidak lagi memberikan peluang kepada Ibrahim untuk bertanding menggunakan lambang parti itu pada pilihan raya umum nanti.
Dalam pilihan raya umum lalu Ibrahim, yang merupakan calon bebas, memenangi kerusi Parlimen itu atas tiket PAS. Mengulas perkara itu Ibrahim berkata orang sepertinya tidak mempunyai masalah untuk bertanding di mana-mana kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Melayu di negara ini dan yakin pemimpin Melayu sepertinya mampu memberikan saingan sengit. "62 peratus kawasan Parlimen di negara ini mempunyai majoriti pengundi Melayu dan saya ada cadangan untuk itu (bertanding)," katanya.

Beliau berkata apa yang penting adalah memberikan khidmat sebaik mungkin kepada penduduk di Pasir Mas yang banyak memerlukan pembelaan.
"Saya penuh yakin penduduk di sini masih memerlukan saya dan sebagai contoh lihatlah begitu ramai yang datang pada rumah terbuka saya ini," katanya. Sementara itu, beberapa penduduk yang juga pengundi di situ mahukan Ibrahim terus menjadi wakil mereka untuk kerusi Parlimen itu. Bagi mereka Ibrahim sudah melakukan banyak perkara walaupun tidak mewakili mana-mana parti tetapi mampu memberikan khidmat terbaik kepada penduduk.


FT - bangang punya katak. Orang datang hari raya mau minta makan free la..
adakah cakap "saya yakin penduduk di sini masih memerlukan saya.... lihatlah begitu ramai yang datang pada rumah terbuka saya"

apapun.. sama-sama kita nanti kezutan daripada Raja Katak a.k.a. Ibrahim Ali Presiden Perkasa di PRU ke-13 nanti...

bagus kamu berlatih terkezut.. sebelum kamu dikezutkan oleh Berahim ini.. kah kah kah!!

3 comments:

  1. TF terkejut kerana

    1. Ada hati lagi katak tu nak bertanding

    2. Konfiden betul nak bertanding

    Siapa nak kawan dengan katak?

    ReplyDelete
  2. Mau jd hero la kunu tu si Ibrahim..Lau ko tinggal di negara yg smuanya bangsa Melayu relevan la jga ko melalak mcm katak panggil hujan sna.. Ni ko tinggal di negara berbilang kaum..ketuanan bapak kucing ko la!!Klu ko masuk masjid pandai pula bg tazkirah ckap manusia di dunia ni sama rata..smua yg ada di muka bumi ni milik Tuhan..
    Apa salahnya kita dipimpin oleh bangsa lain yg ada di Malaysia ni??lau tdk ngam apa susah..melayu masih pegang majoriti bah..bila2 jak boleh tukar..

    ReplyDelete
  3. kau pula bercakap bg penduduk kat situ?
    hahahaha.

    mana kau tau mereka dtg utk mkn atau bg sokongan? pandai pulak kau memandai-mandai buat konklusi sendiri. aku nk link kn blog kau dlm fb lah. article mcm taik. mesti rmai tergelak dengan level pemikiran kau ttng politik. xtaw ckp, nk ckp.

    ReplyDelete