Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Monday, September 13, 2010

Penny Wong... Kebanggaan Sabah????

Perlantikan Penny Wong, Kebanggaan Atau Petanda Buruk??


Seperti kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Senator kelahiran Malaysia, Penny Wong yang dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam kerajaan baru Australia pimpinan Julia Gillard.

Perlantikan beliau menjadi kebanggan rakyat Malaysia, namun persoalannya, apakah negara luar lebih bijak menilai kebolehan beliau berbanding di negara sendiri.

Pemimpin dan rakyat Malaysia berpendapat sistem terbuka di Australia memperlihatkan peluang yang luas ada di negara itu sehingga warga Malaysia yang mempunyai bakat dalam pelbagai bidang berhijrah mencari peluang pekerjaan di negara luar.

Dilahirkan pada 11 Nov, 1968 di Kota Kinabalu, Sabah, Wong mengisi kekosongan yang ditinggalkan Lindsay Tanner yang bersara daripada politik sebelum pilihan raya pada 31 Ogos.

Merupakan bekas peguam di Adelaide, Wong dipilih mewakili South Australia dalam Dewan Senat pada 2001 dan dinamakan sebagai menteri yang bertanggung jawab ke atas perubahan iklim, kecekapan tenaga dan air, apabila Kevin Rudd menjadi Perdana Menteri pada 2007.

Pengumuman Kabinet baru Australia itu dibuat selepas empat hari Parti Buruh pimpinan Gillard mendapat sokongan dua wakil Bebas untuk membolehkan pembentukan kerajaan minoriti.

"Penny Wong sememangnya berkebolehan dan berkelayakan kerana itu beliau dilantik oleh Kerajaan Australia sebagai Menteri Kewangan walaupun dia anak Malaysia," tegas Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

"Selalunya kita gagal mengiktiraf kebolehan dan kepakaran mereka sehingga ramai golongan profesional seperti ini mereka berhijrah dan pindah je luar negara. Dengan itu kita hilang khidmat untuk membina negara kita Malaysia," ujar Exco Selangor, Teresa Kok.

"Beliau berpeluang untuk memaksima potensi dan kebolehan diri dengan adanya sistem politik yang terbuka, media yang bebas dan sistem kehakiman yang adil, seperti yang ada di Australia. Beliau mungkin tidak berpeluang disini kerana sistem yang berteraskan kroni dan meminggirkan bakat atas nama kaum atau agama," menurut Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Dengan perlantikan Penny Wong, nampaknya rakyat Malaysia terpaksa berpuas hati dengan gandingan Menteri Kewangan Najib Abdul Razak, Ahmad Husni Hanadzlah, Dr Awang Adek Hussein dan Donald Lim Siang Chai, yang menyaksikan ekonomi Malaysia terus corot dalam indeks daya saing dan rasuah.


FT - warga Sabah memang ramai yang berpotensi namun sekian lama dilupakan dan tidak dihargai oleh pemimpin pusat di Kuala Lumpur.. menyebabkan mereka berhijrah untuk menunjukkan bakat mereka di luar negara!

Jawatan yang layak untuk Sabahan dalam Persekutuan sekarang cuma Menteri Di Jabatan PM, Menteri Luar Bandar dan Menteri Sains dan Menteri Luar Negeri..

Sebaliknya, jawatan penting seperti Menteri Kewangan masih dikuasai sendiri oleh PM kita yang amat dicintai iaitu Datuk Najib!!!

Kah kah kah!

1 comment:

  1. negara orang lain bagi PR sama org yang bijak pandai, Tapi di sabah PR kena bagi dengan org banggang dan menyusahkan rakyat malaysia.

    Cuba tengok hospital kerajaan, siapa yang banyak. Sendiri mau ingat lah.

    TF tak tau lah org yg ada PR ini boleh mengundi ke? Kalau boleh mengundi, faham2 jer lah

    ReplyDelete