Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Wednesday, September 22, 2010

Menyesal Tiada Berguna

Sipaun: Tiada penyesalan bantah Sabah sertai M'sia (mkini)

Selepas 47 tahun pembentukan Malaysia, bekas naib pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun lebih yakin bahawa tentangannya agar Sabah tidak menyertai persekutuan Malaysia adalah betul.

"Malah jika menyertai Malaysia adalah perkara yang betul, ia datang sepuluh tahun terlalu awal bagi kami,” kata Sipaun kepada kira-kira 500 peserta di forum tertutup berjudul, 'Formation of Malaysia, a Promise Revisited and the Way Forward', di Kota Kinabalu, pada hujung minggu lalu.

Forum ini anjuran Yayasan Warisan Borneo (BHF) dengan kerjasama Common Interest Group Malaysia (CigMa), dan beberapa NGO.

Spektrum yang luas

Sipaun berpendapat ketika pada 1962 lalu, Britain sepatutnya menetap untuk sepuluh tahun lagi. Atau pilihan lain adalah bagi Sabah meredeka terlebih dahulu bagi tempoh masa yang sama sebelum memutuskan sama ada untuk menyertai Malaysia.

Pada forum itu, beliau mengimbau semula tentangan ketika itu.

Katanya, dia hanya berusia 25 tahun pada masa itu tetapi tidak ragu-ragu menyuarakan pandangannya kepada Tun Donald Stephens, yang merupakan Huguansiou (ketua tempatan) bagi suku kaum KadazanDusunMurut.

Pandangannya itu disampaikan kepada Stephens melalui seorang pemimpin masyarakat tempatan yang juga membawa beberapa isu lain.

Menurut Sipaun, beliau terharu apabila mendapati Stephens juga sependapat dengannya bahawa Malaysia sebenarnya bukan untuk Sabah.

Bantahan Sipaun melangkaui spektrum yang luas. Beliau memberi amaran bahawa Malaysia hanya akan menyaksikan “pemindahan kuasa penjajah di Sabah dan Sarawak daripada United Kingdom kepada Malaya”.

Kebebasan sebenar

Katanya lagi, Sabah sepatutnya menikmati kebebasan yang sebenar sebagai negara berdaulat dengan pemerintahan sendiri dan diikuti dengan kemerdekaan.

Sipaun juga memberi amaran Sabah, seperti juga Sarawak tidak mempunyai orang yang layak serta berpengalaman untuk berunding dengan Malaya dan Singapura.

Malah, beliau juga mencadangkan Sabah ke meja rundingan seorang diri tanpa perwakilan kerajaan British jika pungutan suara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan rakyat mahukan persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Beliau kemudiannya difahamkan bahawa pungutan suara itu menunjukkan bahawa hanya satu pertiga rakyat di Sabah dan juga Sarawak memilih menyertai Malaysia.

Jumlah yang sama menentangnya dan selebih mereka memilih untuk mencapai kemerdekaan sendiri terlebih dahulu.

“Apa yang menghairankan saya sehingga hari ini ialah mengapa Stephens menukar fikirannya dan memilih malaysia selepas berjumpa dengan Lee Kuan Yew,” soal Sipaun.


FT - jika apa yang didakwa oleh Sipaun itu benar... apa agaknya yang dibisikkan oleh Lee Kuan Yew (yang kemudian keluar dari Malaysia) kepada Donald Stephens dulu???

Mengapakah Donald Stephens begitu terburu-buru membuat keputusan untuk mencapai kemerdekaan cepat?? Mengapa perlu ikut Singapura yang terletak jauh dari Borneo??

Mengapa beliau tidak sedar tindakan Brunei yang kaya dengan minyak itu menarik diri dari Malaysia disaat-saat akhir??

Fikir-fikirkan..

No comments:

Post a Comment