Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Monday, September 27, 2010

TV3 Menipu Lagi

Ini Saluran Berita TV3 Suku







Ini Saluran Berita Yang Bagus








Malam semalam.. pada jam 7.45 malam, FT menonton berita di buletin awani 551 di astro. Berita tentang kontroversi wang ihsan kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas yang dikatakan diperoleh dari sumber judi. Berita dimulakan dengan penafian oleh Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng yang menjelaskan bahawa wang ihsan berjumlah RM100 itu diperoleh dari pendapatan kerajaan negeri dan bukannya dari judi lumba kuda.

Walaupun mengakui kerajaan negeri ada memperolehi dana sumber lumba kuda namun ianya digunakan untuk membantu program miskin tegar untuk orang bukan Islam.

Kemudian, berita memaparkan tuduhan terdahulu oleh Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican tentang sepucuk surat yang menjadi bukti sumber judi digunakan untuk pemberian wang ihsan kepada warga emas tersebut.

Kemudian, berita memaparkan kenyataan terdahulu TPM Muhiyiddin Yassin yang meminta penjelasan dari Ketua Menteri Pulau Pinang ekoran tuduhan yang dibuat oleh Pemuda UMNO sebelumnya.

FT puas hati dengan berita oleh buletin awani tersebut. Kemudian tepat jam 8.00 malam, FT mengubah siaran ke buletin utama di TV3. . juga terdapat berita tentang kontroversi wang ihsan tersebut.

Di TV3, berita dimulakan dengan kenyataan Pemuda UMNO yang mendakwa mendapat bukti dari sepucuk surat memaklumkan sumber judi lumba kuda digunakan dalam pemberian wang ehsan kepada warga emas.

Kemudian, muncul juga wajah TPM Muhyiddin Yassin yang meminta penjelasan segeri dari Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau memberi amaran bahawa orang Islam tidak mahu bersubahat jika wang haram digunakan dalam tujuan tersebut.

Kemudian.. wartawan TV3 menemubual beberapa warga tua orang Melayu di Pulau Pinang untuk bertanyakan pendapat mereka. SEMUA yang ditemubual telah melahirkan rasa kesal jika wang RM100 yang mereka terima itu adalah dari sumber judi. Mereka turut meminta penjelasan dari Ketua Menteri berkenaan isu tersebut.

Yang peliknya.. tiada langsung berita tentang LIM GUAN ENG seperti mana yang telah dilaporkan lebih awal di buletin awani@astro 551. Namun.. FT tidak hairan kerana ini bukan pertama kali. Sudah banyak kali TV3 menyembunyikan banyak fakta dan peristiwa sebenar.. yang disiarkan hanyalah untuk kepentingan parti tertentu dan orang-orang tertentu.

Kepada pembaca sekalian, jangan biarkan anda ditipu dan diperdaya oleh berita di TV3 dan RTM. Bak kata seorang rakan FT.. "jangan biarkan fikiran anda dijajah".

Fikir-fikirkan..

FT

2 comments:

  1. Apa la nasib TV3 suku ni kalau pakatan rakyat memerintah.

    Cuba bayangkan pembaca berita tu terpaksa menjilat ludah. Kesian.

    Pembodek besar media ialah TV3 suku.

    ReplyDelete
  2. TV3 ini memang 3 suku.. tak berapa betul.. tapi kalau anda tengok berita RTM.. aduh... lagi lah meluat.. nak muntah dibuatnya!!!!

    ReplyDelete