Blog ini bersifat umum.. memaparkan isu terpilih di dalam dan luar negara.. sekadar renungan bersama.
Anda dijemput meninggalkan sebarang komen tentang isu yang dipaparkan. Terima kasih!

Monday, September 6, 2010

Jangan Takutkan Melayu

Akan Datang di Pawagam.. "Takut"
















Ini Pengarah Filem Takut.



KELANGSUNGAN MELAYU PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG: malaysiakini


Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pilihan raya umum akan datang amat penting bagi orang Melayu kerana ia akan menentukan kelangsungan mereka.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata, ini kerana perkembangan semasa menunjukkan hak orang Melayu sentiasa dicabar sekalipun telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Katanya, pilihan raya itu akan menentukan sama ada orang Melayu akan terus meneraju negara ini atau sebaliknya.

"Berasaskan kedudukan itu Umno mesti memenangi lebih banyak kerusi parlimen dan negeri bagi menguatkan kedudukan selain terus berkuasa mempertahankan perlembagaan yang sedia ada bagi faedah orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik peringkat pejabat pelajaran Pasir Puteh, di Pasir Puteh malam semalam.

Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan berkata, Umno negeri itu kini berusaha mendampingi golongan pendidik di Kelantan bagi memastikan BN dapat menawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ini kerana golongan pendidik paling rapat dengan rakyat selain mempunyai pengaruh besar ke atas masyarakat.

"Diharapkan golongan guru dapat membantu menarik rakyat untuk menyokong BN," katanya.

FT - Tajuk berita ini amat menakutkan..
tujuannya satu.. bila orang Melayu berjaya ditakutkan.. mereka akan terus mengundi parti tersebut..
hakikatnya.. orang Melayu merupakan majoriti penduduk Malaysia..
mana mungkin mereka hilang kuasa atau hilang "kelangsungan" kata menteri tersebut..\

Pendapat saya, bukan kelangsungan Melayu yang dibimbangkan tetapi kelangsungan kuasa dan poket money YB YB tersebut..

Teringat kisah lama.. kisah seorang YB Cina dipenjara kerana membantu seorang nenek tua bangsa Melayu berkaitan kes rogol cucunya oleh seorang YB Melayu..
setelah dipenjarakan beberapa lama.. akhirnya budi menteri Cina ini terbalas juga..
YB Cina itu sekarang ialah Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang..!

Untuk rakan-rakan Melayu.. setiap manusia dilahirkan bebas..
bebas untuk membuat pilihan..

pilihan untuk kebaikan.. kebaikan untuk semua!

1 comment:

  1. kesian lim guan eng.
    nseb baik terbalas juga kn? hahahaha.
    kasi link blog ini pd lim guan eng. mesti die trgelak. ;p

    ReplyDelete